Monday, 26 November 2012

Filled Under:

fuyo!!Corat-Coret Sekitar Shout! Awards 2012



KUALA LUMPUR, 26 NOV 2012: Sebuah lagi anugerah besar iaitu Shout! Awards 2012 telah diadakan pada Jumaat lepas dengan menampilkan konsep dan persembahan yang boleh dikatakan baru dalam industri hiburan tempatan iaitu berbentuk konsert.
Berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon Resort nyata pemilihan konsep berkenaan telah mendapat sambutan baik daripada hadirin yang datang. Henry Golding, Hannah Tan dan Razif Ibrahim telah diberi tanggungjawab besar mengendalikan acara yang berlangsung selama 3 jam itu. Boleh dipuji tetapi masih boleh diperbaiki jika khidmat mereka digunakan pada acara akan datang.
Apapun banyak peristiwa menarik dan tidak menarik yang berlaku sepanjang Shout! Awards 2012 berlangsung buat kali yang ketiga. Ikuti corat-coret yang sempat Murai catatkan sepanjang berlangsungnya Shout! Award 2012.
- Dijangkakan lebih 10,000 penonton telah hadir membanjiri pantai jadian yang menempatkan pentas penganugerahan Shout! Awards. Jumlah sebenar belum dipastikan oleh penganjur.
- Cuaca hujan yang tidak menentu menjadi cabaran terbesar penganjur apabila sehingga hampir acara bermula, hujan renyai masih turun.
- Para media, jemputan dan selebriti yang ditempatkan di dua platform terbuka telah dibekalkan dengan pocho atau baju hujan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Mujurlah hampir bermula Shout! Awards hujan berhenti sehingga berakhir acara tersebut.
- Acara red carpet telah diadakan 3 jam awal sebelum berlangsungnya acara tersebut. ramai pihak mempersoalkan mengapa terlalu awal ia diadakan kerana media terpaksa datang awal untuk red carpet dan terpaksa menunggu lama sebelum acara bermula pada malam itu.
- Terdapat kecelaruan dalam tema pemakaian yang diberitahu penganjur. Ada yang datang dengan ilham tema Steampunk dan ada juga dengan gaya resot wear seperti mahu ke pantai. Namun penonton yang hadir seperti biasa memilih yang paling selesa kerana tahu persekitaran venue bukanlah tempat sesuai mengenakan pakaian yang terlalu glamor.
- Selebriti juga dilihat keliru dengan tema kerana ada yang berpakaian terlalu kasual seperti mahu ke pantai dan ada yang bergaun labuh meleret seperti Yuna. Tetapi seperti pengacara dilihat memilih tema Steampunk dalam pemakaian mereka.
- Nora Danish dikatakan perlu membuka kasut tinggi glamornya ketika mahu berjalan di atas pasir.
- Upacara pembukaan atau opening act telah mendapat pujian ramai apabila ia dilihat seperti sebuah pembukaan bagi acara anugerah antarabangsa. Penggunaan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi serta konsep juga pemilihan artis membantu merealisasikannya. Di laman sosial ramai yang memperkatakan mengenai opening act terbaik anugerah sepanjang tahun ini.
- Walaupun opening act mendapat pujian tetapi perjalanan majlis dilihat masih lagi seperti tahun-tahun terdahulu. Daripada susunan artis yang membuat persembahan dan penyampaim ianya nampak seperti kelam kabut.
- System bunyi antara yang paling banyak kali mengganggu kelicinan anugerah tersebut. Beberapa kali benda yang sama berlaku. Tetapi pujian harus diberikan kepada visual di pentas yang begitu cantik sekali.
- Kerana anugerah ini diberikan nama Shout! Awards, makan ramai yang terjerit-jerit. Tidak kira penonton malah selebriti juga juga dilihat menjerit di atas pentas.
- Lain pula dengan empat saudara Sharifah iaitu Leya, Amani, Aleysha dan Adrianna.Hanya mereka saja yang mengawal penampilan mereka di atas pentas. Rupa-rupanya, ibu mereka, Fatimah Abu Bakar telah berpesan kepada mereka supaya tidak menjerit-jerit ketika di atas pentas.
- Pengumuman Coolest Radio Announcer Award telah diberikan kepada Hunny Madu. Walau bagaimana pun DJ itu kini sedang sarat mengandung dan diwakili abangnya, Hafiz Hatim. Hafiz juga adalaj DJ untuk FLY FM dan turut tercalon dalam kategori yang sama.
- Pada mereka yang mengenali Celepets, iaitu groupie atau kumpulan yang terdiri daripada Yasmin Hani, Sazzy Falak, dan Atilia, mereka telah diundang menyampaikan Favourite TV Personality Award. Ketika pencalonan diumumkan, montaj kategori yang dimainkan telah menimbulkan kekeliruan pada penonton dan juga mereka yang tercalon.
- Penampilan khas dua kumpulan antarabangsa daripada Korea iaitu Vixx dan Nu'est telah menimbulkan pelbagai reaksi penonton. Ada yang suka ada [ulak yang tdiak menggemarinya.
- Pada satu persembahan Vixx, penonton dilihat membaling kipas serta objek di atas pentas. Tidak tahu kerana mereka berbuat demikian. Perkara ini telah menyebabkan pengurus pentas terpaksa tampil memberi amaran kepada penonton.
- Antara lain yang menarik perhatian apabila Farid Kamil dan Izara Aishah tampil sebagai penyampai. Telatah mereka diperhatikan apabila Izara menarik tangan Farid dengan lama dan seakan tidak mahu melepaskannya.
- Persembahan daripada Diandra Arjunaidi antara yang dilihat hambar dan seperti tidak bertenaga. Sementara itu, persembahan Massacre Conspiracyyang juga pemenang Break Out Award, tidak dapat difahami kerana genre muzik yang sebegitu.
- Walaupun terdapat kekeliruan dalam tema pemakaian, KRU yang dinobatkan sebagai pmenang Ultimate Shout! Award dilihat tampil dengan gaya terlalu kasual apabila berpakaian sedemikian. Walaupun Norman sendiri menyatakan perkara itu tetapi sebagai pemenang anugerah terbesar, KRU dilihat perlu menyesuaikan diri mereka dengan pengiktirafan dan anugerah yang diberikan.
- Zizan yang menerima 2 anugerah pada malam itu tidak kelihatan kelibatnya ketika mengambil anugerah. Tetapi dia datang pada saat akhir dan berada di post party anugerah tersebut.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers