Setelah adanya penggabungan / pemisahan
dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat
dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang
di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat
sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .
Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2
Austria - Hungary
Sebuah
kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ),
yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini
)Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan
beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang
Dunia Yang Pertama .
Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966
Bengal
Sebuah
kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini
merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .
Burma
Nama
nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun
banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih
mengenalinya sebagai Burma .
Catalonia
Sebelumnya adalah
sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari
1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .
Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972
Champa
Terletak
di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah
kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
Corsica
Pulau
Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga
pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia
termasuk dalam negara Perancis .
Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .
Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
Gran Colombia
Sebuah
negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini
membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia
berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari
penyatuan.
Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus
ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka
sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya
Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.
New Granada
Merupakan
sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan
kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali
sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New
Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic
Of Colombia (1886-sehingga sekarang)
Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman
berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara (
Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali
sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada
1990 dan kembali menjadi Yaman.
Empayar Uthmaniyyah
Juga
dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi
kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika
Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.
Persia
Empayar
Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India .
Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil
sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .
Prussia
Menjadi
koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada
kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara
Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang
Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .
Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .
Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.
Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .
Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
Taiwan
Walaupun
Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan
negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai
negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
Texas
Republic
Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal
sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States
pada tahun 1845.
Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak
dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia
merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang
Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946
USSR
Kesatuan
Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia,
Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia,
Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan
Uzbekistan.
Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah
Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914,
sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .
Vermont
Pada
1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah
negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United
States selepas penyatuan 13 koloni awal.
West Florida
Menjadi
Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana
pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.
Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.
Yugoslavia
Berpecah
akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia,
Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.
Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
Sumber : Here
Wednesday, 21 November 2012
Filled Under:
fakta dan info
fuyo!!Fakta : Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi
Posted By:
zamri spoon
on 21:25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment