Tuesday, 20 November 2012

Filled Under:

fuyo!!Kokain RM22 juta dirampas

NOOR Rashid (dua dari kanan) menunjukkan tin-tin berisi santan kelapa bercampur dadah kokain yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah semakin kreatif dan terbaharu polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah kokain yang dilarutkan dalam tin berisi santan kelapa dipercayai didalangi warga Nigeria.
Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JKDM yang memeriksa sebuah kapal kontena yang tiba di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor pada pukul 2 pagi Isnin minggu lalu.
Pemeriksaan ke atas kapal kontena yang belayar dari Guyana, Amerika Syarikat itu dilakukan hasil maklumat risikan pihak Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah Amerika Syarikat.
Dalam serbuan tersebut, kapal itu didapati membawa muatan 980 karton tin mengandungi santan kelapa dan tin berisi ketulan nanas yang diproses.
Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, ujian ke atas 16 karton berisi 384 tin santan kelapa dikesan dicampur dengan larutan dadah jenis kokain tetapi baki tin santan kelapa dan nanas tidak mengandungi larutan dadah tersebut.
"Kita menganggarkan larutan dadah yang ditemui daripada 16 karton tin berisi santan kelapa itu mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 76 kilogram dadah kokain yang nilai pasarannya hampir RM22 juta apabila diproses," kata beliau pada sidang akhbar di sini.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers