JIKA tahun lalu, Osbon yang juga pelawak otai berjaya menjadi juaranya. Kini, adakah di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) yang membuka tirai persaingan Jumaat lalu akan berpihak kepada kumpulan pelawak generasi baru?
Berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor bermula jam 10 malam, ia juga dapat disaksikan penonton di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika. Sebanyak 11 kumpulan peserta berentap.
Mereka ialah barisan peserta yang mewakili Malaysia iaitu kumpulan Shiro, Boboi, Jozan, Jambu, Pimai, Sabon, R2 dan Balas, manakala The Bandung Jokers dan Say Who (Indonesia) serta Da Di Du (gabungan Singapura/Malaysia).
Empat juri tetap terdiri daripada Awie dan Lisa Surihani dari Malaysia, Najib Ali (Singapura) dan Wulan Guritno (Indonesia) akan menilai persembahan peserta setiap minggu. Mereka mewakili pemarkahan sebanyak 70 peratus.
Manakala 30 peratus lagi menerusi undian SMS penonton di rumah. Pun begitu, bagi persaingan pembukaan yang juga dianggap sebagai sesi ‘pemanas badan’ untuk peserta, kumpulan Jozan nampaknya mendapat undian SMS tertinggi.
Diikuti tempat kedua kumpulan Jambu dan ketiga pula Boboi. Apa yang pasti Jozan memang layak berada di tangga teratas kerana persembahan mereka cukup menghiburkan. Lawak Johan meniru gaya Awie cukup bersahaja dan berkesan.
Begitu juga dengan Jambu dan Boboi yang tak kurang hebat membuatkan penonton di auditorium tidak gering gusi tertawa menyaksikan persembahan mereka. Masa tiga minit untuk peserta membuat persembahan digunakan sebaik mungkin.
Apapun, tiga kumpulan peserta yang mendapat undian SMS terendah ialah R2, diikuti dua kumpulan otai iaitu Pimai dan Da Di Du. Tak dinafikan, persembahan ketiga-tiga kumpulan ini agak mendatar dan umpama drama.
Konsep penceritaan dipersembahkan terlalu panjang dan elemen ketawa pula kurang. Bagaimanapun, masih ada dua minggu lagi untuk kumpulan yang berada dalam zon bahaya ini bangkit memberikan saingan hebat kepada peserta lain sebelum diumum tersingkir.
Apatah lagi, gelanggang MLM 2012 ini akan mula menyingkirkan peserta pada minggu keempat. Jadi, terlalu awal juga untuk meramalkan peserta yang akan terselamat. Segala kemungkinan mampu berlaku kerana penilaian berdasarkan persembahan dan kreativiti.
Namun, di sebalik hiburan yang diberikan dalam persaingan MLM 2012 ini, masih ada lagi kelemahan yang tidak sepatutnya dilakukan peserta terutama persembahan dilakukan kumpulan Balas. Ternyata, kumpulan ini bagaikan kering idea.
Masih selesa mengetengahkan elemen lawak berbaur lucah seperti yang pernah mereka persembahkan pada gelanggang Raja Lawak 5 (RL5) dulu, Balas harus berusaha mencari kelainan untuk ditonjolkan kepada penonton dan penyokong mereka.
Malah, sebenarnya tidak wajar untuk Balas mensia-siakan peluang mereka yang dipilih menyertai MLM 2012 apabila berjaya melepasi ujian ‘kerusi panas MLM’.
Justeru, semoga persembahan Balas pada minggu seterusnya membawa kelainan.
Mengulas mengenai persembahan peserta secara keseluruhan, Awie berkata dia berpuas hati. Ujarnya, dia juga melihat persembahan minggu pertama itu sebagai ‘pemanas badan’ untuk peserta dan yakin persembahan lebih baik akan ditonjolkan pada minggu yang lain.
“Pada saya, minggu ini mungkin peserta masih dalam ‘mood untuk memanas badan’.
Maka, ada peserta yang membuat kesilapan kecil. Begitu juga terdapat sedikit kelemahan di mana-mana dan saya percaya mereka mampu untuk memperbaiki pada minggu seterusnya.
“Atas sebab itu, kami yang duduk di kerusi juri juga sedaya-upaya cuba melontarkan komen yang sesuai dan tidak berlebihan kerana mahu memberi ruang kepada peserta memperbaiki persembahan mereka. Minggu pertama, biasalah memang ada kekurangan dan kelemahan,” katanya.
Menurut Awie lagi, apapun semua peserta sudah memberikan yang terbaik dalam per�sembahan mereka. Pun begitu, berbekalkan dua minggu lagi sebelum proses penyingkiran bermula diharapkan supaya peserta lebih kreatif.
Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani yang diminta mengulas mengenai lawak berbaur lucah yang diper�sembahkan peserta
berkata pihaknya sedia memantau corak persembahan peserta bagi mengenal pasti elemen lawak yang negatif. Katanya, ia seiring dengan kesesuaian untuk tontonan seisi keluarga.
Menyentuh pula mengenai nama juri yang dirahsiakan sebelum ini, Nizam memaklumkan beliau perlu berbuat demikian untuk me�ngelakkan isu ‘mempengaruhi’.
Sebagai contoh, katanya Awie banyak bekerjasama dengan Afdlin Shauki yang meng�anggotai Boboi.
“Jadi, kita tidak mahu wujud sebarang andaian negatif yang akan mengaitkan juri dan peserta dalam pemarkahan. Oleh itu, kita mengambil kata sepakat untuk merahsiakan barisan juri yang terbabit ini sehingga gelanggang MLM 2012 dibuka,” katanya.sumber
0 comments:
Post a Comment