Tuesday, 20 November 2012

Filled Under:

fuyo!! filem Istanbul Aku Datang Kutipan cecah RM2.5j

TIADA babak melampau atau aksi lasak pun masih membuatkan Istanbul Aku Datang memikat ramai peminat sehingga mampu meraih kutipan tiket kira-kira RM2.5 juta sehingga kini.
Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah karya terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Red Films Communications.

Pengurus Besar Bisnes Studio & Hal Ehwal Korporat Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem itu terus menerima komen positif daripada penonton dan karyawan seni.

“Saya turut menerima maklum balas yang baik daripada kawan-kawan produser dan pengarah antaranya Aziz M Osman, Osman Ali, Panshah serta Nancie Foo. Mereka cakap filem ini ringkas tapi sangat menghiburkan,” katanya
.


Kata Iesta, pihaknya berharap filem itu akan terus ditonton dan meraih kutipan melebihi RM3 juta.

“Bagaimanapun, filem ini terpaksa bersaing dengan filem tempatan lain yang masih ditayangkan seperti Skyfall dan kini The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 2 yang akan menjengah pawagam, minggu ini.

“Selepas filem Soal Hati arahan Othman Hafsham, rasanya belum ada filem seumpama itu lagi. Saya sendiri berpendapat filem ini sangat bagus dan berkualiti dengan corak persembahan yang sangat menarik.

“Dalam saingan sengit, filem ini tetap memberi fenomena kepada kami kerana jarang filem romantik komedi mendapat kutipan tinggi,” katanya.

Istanbul Aku Datang antara lain mengisahkan perjalanan seorang gadis, Dian dalam mencari cinta. Demi mahu mendampingi kekasihnya, Farouk, Dian sanggup terbang ke Istanbul, sekali gus ingin membuat kejutan.

Dalam diam, niat sebenar Dian yang juga seorang penulis blog mahu Farouk menyunting dirinya menjadi calon isteri.

Namun semuanya tidak seperti yang Dian harapkan. Dian kemudian secara tidak sengaja menyewa sebuah rumah yang diduduki seorang pelukis dari Malaysia, Harris.

Mereka kemudian bergaduh besar sebelum menjadi rapat selepas Dian mendapat tahu Farouk bermain kayu tiga de�ngan seorang perempuan Turki.

Farouk juga mula cemburu melihat Dian dan Harris menjadi rapat. Seterusnya hidup mereka bertiga menjadi semakin kelam-kabut dan berbelit-belit.

Dian sebenarnya keliru, namun dia tetap percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya untuk dia memilih lelaki yang terbaik menjadi calon suami.

Nyata pemilihan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok berjaya menghidupkan filem ini yang menonjol dengan konsep lakonan ‘urban’ seperti filem Pisau Cukur
.sumber







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers