Monday 19 November 2012

Filled Under:

hot!!Sharnaaz Ahmad: Saya Boleh Minta Maaf, Tapi...







KUALA LUMPUR, 19 NOV 2012: "Saya boleh meminta maaf kepada mereka (pihak produksi filem Darah Panas) tetapi saya perlukan sesuatu sebelum melakukannya. Nak tahu apakah dia? Nantikan sahaja," kata pelakon Sharnaaz Ahmad selepas diminta mengulas mengenai tindakan susulannya selepas menerima surat saman daripada syarikat produksi White Merpati Entertainment Sdn Bhd (WME ) pada 7 November lalu yang telah memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Penerbit filem Darah Panas, S. Baldev telah menghantar surat saman kepada kekasih penyanyi Shila Amzah itu untuk meminta maaf secara terbuka selepas Sharnaaz Ahmad dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.
Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.
Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya, Shila Amzah.
Walaubagaimanapun, Sharnaaz memberitahu buat masa ini dia tidak dibenarkan mengulas lanjut mengenai kes tersebut oleh peguam belanya kerana ianya masih dalam proses undang-undang dan mahkamah.
"Saya tidak boleh meminta maaf begitu sahaja kerana masing-masing sudah menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan hal ini. Malah, saya tidak dibenarkan oleh pihak peguam untuk memberi apa-apa kenyataan buat masa ini. Saya meinta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut kepada pihak media," beritahunya ringkas.
Sungguh pun begitu, Sharnaaz memberitahu dia bersyukur kerana periuk nasinya tidak terjejas selepas namanya terpalit dengan kontroversi seperti ini, malah akui rezekinya kini semakin bertambah selepas kejadian berkenaan.
"Alhamdulillah, kerjaya saya tidak terganggu dan tiada pun kontrak yang dibatalkan selepas pihak produksi lain mengetahui hal ini. Malah rezeki saya tidak pernah putus. Saya ingin berterima kasih kepada Baldev kerana dengan apa yang berlaku, ia membuatkan diri saya jadi lebih kuat dan matang untuk menjalani hari sebagai seorang pelakon," tambahnya lagi.
Sharnaaz yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Darah Panas pada 8 November lalu, kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Metrowealth untuk siaran Slot Samarinda di TV3.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers