Sunday 4 November 2012

Filled Under:

Wanita selamat, kereta terbakar



gambar hiasan 


REMBAU: Seorang wanita terselamat biarpun kereta Proton Gen2 dipandunya terbakar selepas terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan di Kilometer 241.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 29 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Melaka ke Seremban.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, ketika memandu di lorong paling kanan, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan berlaku pergeseran dengan kereta Proton Persona yang berada di lorong tengah.

“Akibat pergeseran itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali lalu melanggar treler di lorong kiri sebelum bertembung dengan kereta Proton Iswara Aeroback.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta wanita itu terbakar hangus, namun dia berjaya keluar menyelamatkan diri dan tidak cedera,” katanya.

Katanya, susulan kejadian itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan dan memadam kebakaran.



“Dalam kemalangan ini, tiada kecederaan dilaporkan dan semua mangsa membuat laporan berkaitan,” katanya




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers