Thursday, 20 December 2012

Filled Under:

Astaghfirullah, Masjid Khas Untuk Kaum Gay Akan Dibuka di Perancis





Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid. Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.


Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. Zahed mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.



Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.

“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.

“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.



Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.

“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.

Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.

Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.”






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers