Saturday, 15 December 2012
Filled Under:
berita
Budak Ini Ketagih Makan Ubat Nyamuk
Posted By:
zamri spoon
on 05:00
Seorang kanak-kanak bernama Abdillah Syarif mempunyai satu penyakit pelik iaitu ketagihan ubat nyamuk.Adik kecil ini sangat gemar memakan ubat nyamuk.
Dalam sehari, budak ini mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk yang di beli keluarganya.
Keluarga Abdillah atau Adit yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mengatakan yang mereka sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi usahanya itu bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihan anaknya itu kepada ubat nyamuk semakin bertambah.
Tabiat pelik Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Indonesia.
Adit mula suka memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya.
“Enak dan manis,” ujar budak itu ketika memakan ubat nyamuk.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” ibu Adit cuba memerikan konklusi.
Menurut doktor pakar , Sih Harjo Boko, Adit telah menghidapi penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu adalah disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan penyakit itu mampu untuk dipulihkan, akan tetapi ianya bergantung kepada keprihatinan ibu bapa Adit menjaga dan memantau pemakanan anaknya.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment