"Sedang bersarapan pagi di Sunway Damansara," balas sahabat saya, Zakiah Anas.
Sebelum itu, Zakiah menghantar pesanan ringkas, menjemput saya untuk menghadiri majlis akad nikahnya di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Siapakah antara tetamu bakal hadir?," tanya saya.
"Kaum keluarga dan rakan terdekat, lebih kurang lima puluh orang kesemuanya," balas anak bekas anggota polis itu.
Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak, anak bongus daripada enam adik-beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.
Berpakaian serba putih, Zakiah dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai. Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.
Berikut wajah Zakiah saya rakamkan beberapa kurang seminit selepas berstatus isteri.
Turut berada di sisi Zakiah, ibunya, Enon Puteh Lan, 83 tahun dan adik-beradik.
Alhamdulillah, majlis berjalan secara lancar dan wajah pasangan selesai diijab kabulkan kelihatan berseri. Saya berpeluang mengucapkan tahniah terawal kepada mereka berdua.
Azmi juga berasal dari Perak dan pernah bertemu Zakiah menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.
Beberapa personaliti turut hadir menyerikan majlis terbabit.
Dalam perbualan melalui telefon semalam, saya turut berpeluang mencungkil beberapa fakta secara eksklusif.
"Cuba ceritakan sedikit detik pertemuan," kata saya.
Zakiah tertawa seperti biasa.
"Kami berjumpa kira-kira dua puluh satu tahun lalu sewaktu belajar di UiTM. Keluar kali pertama dengan Azmi secara berkumpulan, menyaksikan konsert kumpulan dari Indonesia, Gigi di Live Center, Kuala Lumpur. Selepas itu terus tidak bertemu lagi sebab dia melanjutkan pelajaran ke Jepun," jelas Zakiah.
"Maksudnya, tidak sempat bercintalah?," soal saya.
Soalan seterusnya kemudian saya lontarkan.
"Jadi, bilakah dilamar dan di mana lokasinya?"
"Bulan Ramadhan lalu, masa berbuka puasa, di hadapan ibu Azmi di rumah mereka di Kepong," jelas sahabat saya kenali sejak 17 tahun lalu itu.
"Awak berasa berdebar dan tersipu-sipu pada saat dilamar?," tanya saya lagi.
"Tentulah!," jawabnya dan diikuti hilai tawa gembira.
"Bilakah majlis kenduri?," soal saya.
"InsyaAllah bulan Januari nanti, di Kuala Lumpur," jawabnya.
Azmi, peniaga dan pelabur utama dalam busines produk penjagaan kulit Anaz Skin Care boleh dibeli secara online, sila klik www.anazlifestyle.com.
Terima kasih kepada Zakiah dan Azmi kerana memberikan saya peluang sebagai blogger unutk berkongsi antara kisah bibit manis bakal termetri dalam lipatan sejarah hidup mereka berdua.
Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Kepada semua pembaca blog ini, marilah bersama mendoakan kebahagian mereka bersama keluarga.
0 comments:
Post a Comment