Monday 3 December 2012

Filled Under:

FUYO!!!Pulau Yang Hilang Wujud Dalam Peta


Kisah benar ini diceritakan oleh seorang pengkaji geologi, Miklethwaite yang baru-baru ini terlibat dalam operasi mencari sebuah pulau yang hilang. Senario ini bukannya sama seperti kehilangan dua bandar yang mempunyai legenda sejarah seperti Atlantis dan juga Shangri-La namun apa yang menarik ialah pulau ini mempunyai kisah misteri yang tersendiri. Pulau yang hampir besar denganManhattan Island ini ditemui dalam Google Earth dengan keluasan 75 batu persegi pada kedudukan di antara Australia dan French New Caledonia.



Pulau Sandy oleh Google Earth

Berada di peta hampir 116 tahun, pulau yang lebih dikenali sebagai Sandy Island berada di setiap Atlas dan juga beberapa peta yang diiktiraf. 

Untuk mendapatkan kepastian Miklethwaite menggunakan database Persisiran Pantai Australia untuk melihatnya dan apabila di Zoom hanya kelihatan bulatan hitam. 

Walaubagaimanapun pulau ini tiada di dalam Carta Navigasi. Jadi siapakah yang perlu dipercayai, Google Earth atau Carta Navigasi? 

Jadi untuk mendapatkan jawapan yang tepat, Miklethwaite sendiri berlayar ke Pulau tersebut untuk mendapatkan kajian terperinci bersama kumpulan pengkaji yang lain.

Akhirnya persoalan demi persoalan terjawab. 

Pulau Sandy adalah kegagalan Cartographic. Kewujudan Pulau Sandy hanyalah daripada error cartographic system yang mengakibatkan wujudnya imej seakan pulau.

Menurut Miklethwaite lagi, setelah kami sampai ke kedudukan pulau tersebut kami mendapati tiada apa di situ hanya lautan biru yang dalam. Pada mulanya kami menganggap Pulau Tidal namun setelah dikaji kedalaman kawasan tersebut ianya 4620 kaki. 

Maklumat ini bakal dibawa ke pihak Cartographic untuk disemak semula. Akhirnya Pulau Sandy lupus begitu sahaja.
sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers