Thursday, 13 December 2012

Filled Under:

fuyo!!Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Universiti


Zakiah Anas Selamat Bernikah Dengan Kawan Universiti
KL, 13 DIS 2012: Semalam dua pasangan artis iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle serta Betty Benafe dan suami, Bruce Darghous telah memilih tarikh keramat 12.12.12 sebagai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.
Malah, Murai Batu dapat tahu tarikh 12.12.12 semalam juga memberi makna buat penyanyi popular Indonseisa, Kris Dayanti apabila selamat melahirkan seorang anak lelaki di RS Mitra Kamayoran, Jakarta Pusat.
Dalam diam-diam juga, Murai Batu baru tahu yang personaliti TV3, Zakiah Anas, 46, juga memilih tarikh istimewa semalam sebagai tarikh pernikahannya bersama Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Tahniah Murai Batu ucapkan kepada Zakiah Anas kerana selamat menamatkan zaman jandanya setelah menjadi ibu tunggal kepada 3 orang anak lebih setahun yang lalu.
Menariknya, kisah perkenalan Zakiah Anas dengan suami barunya ini sebenarya sudah lama. Murai Batu dengar sejak mereka sama-sama belajar di UiTM iaitu kira-kira 21 tahun yang lalu.
Amboi, cinta lama berputik kembalilah tu. So sweet! Namun hubungan mereka terpisah kerana lelaki yang kini menjadi suaminya melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Itulah orang kata, kalau dah jodoh tak ke manakan. Apa-apa pun Murai Batu ucapkan tahniah dan semoga dapat melayari bahtera rumah tangga nanti dengan harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers