Thursday 27 December 2012

Filled Under:

Pelakon Anne Ngasri Dan Suami Bakal Honeymoon Di Bali



Pelakon Anne Ngasri Dan Suami Bakal Honeymoon Di Bali

 
Rasanya belum terlambat untuk Murai Batu dan team Murai yang lain mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pelakon Anne Ngasri dan suami tercintanya, Sumali Reduan.

Walaupun, Murai Batu tidak berpeluang menghadiri majlis kenduri kahwinnya yang dilangsungkan di Benut Pontian pada minggu lalu, namun Murai Batu dengar meriah jugalah sambutan majlis tersebut.

Murai Batu harap perkahwinan Anne Ngasri dengan Sumali akan berkekalan hingga ke anak cucu dan muda-mudahan Sumali akan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa yang baik dan penyayang buat Anne serta anak-anaknya. '

Begitu juga dengan Anne kerana dia berkahwin dengan duda kepada anak satu. Jadi, Murai Batu harap Anne juga akan jadi isteri serta ibu yang penyayang kepada anak Sumali nanti. Apapun, Murai Batu percaya Anne mampu menggalas tanggungjawab itu nanti.

Haa... Terlanjur bercakap pasal Anne Ngasri dengan suaminya, Sumali ini, Murai Batu dengar pasangan mempelai ini sudah pun merancang untuk menikmati percutian bulan madu mereka.

Cuba teka kat mana? Tempatnya memang cukup romantis sekali dan sesuai buat pasangan yang baru saja mendirikan rumahtangga dan sudah semestinya ianya ada kaitan dengan pulau.

Okeylah sebab tak mahu korang semua berteka-teki, Murai Batu beritahu sajalah ya bahawa mereka akan menikmati honeymoon mereka di Pulau Bali. Kalau tidak silap Murai Batu, mereka akan berlepas ke Pulau Bali pada tanggal 28 Disember 2012 ini.

Berapa hari mereka di sana, Murai batu pun tak tahu. Yang Murai Batu tahu, mereka akan ke sana secara berdua saja tanpa ditemani anak-anak. wah! Romantisnya..

Murai Batu harap mereka akan gunakan waktu dan kesempatan yang ada itu untuk cetuskan lagi kemesraan mereka sebagai pasangan suami isteri.


MURAIBATU: Rancang nak cuti di Pulau Sipadan

.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers