LOS ANGELES – Seorang anggota kumpulan One Direction, Harry Styles meraikan ulang tahun kelahiran penyanyi dari Amerika Syarikat (AS) Taylor Swift dengan membelinya sekotak kek cawan, lapor akhbar dalam talian, MailOnline semalam.
Swift meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-23 kelmarin.
Styles yang berusia 18 tahun menempah 23 kek cawan dari pihak Custom Cupcake Company di Warrington, England tidak jauh dari rumah anggota kumpulan One Direction itu.
Pemilik syarikat kek cawan itu, Matt dan Kelly Blakey dihujani penggilan telefon dari AS dan stesen televisyen Britain selepas berita tersebut tersebar.
Menurut Matt, dia sebelum ini menerima panggilan telefon berhubung tempahan kek tersebut yang perlu dibuat dengan segera dan ia adalah untuk Styles.
Matt berkata, dia mengetahui tentang ulang tahun kelahiran Swift hanya selepas melayari berita di internet.
Styles kini menjalin hubungan dengan Swift. bagaimanapun, mereka masih belum mengesahkan hubungan tersebut kepada media.
Sementara itu, kumpulan tersebut diumumkan sebagai Artis Untuk Tahun 2012 MTV kelmarin.
Menurut MTV yang menjadi saluran hiburan muzik, kumpulan itu merupakan pilihan utama ekoran kejayaan lagu-lagunya seperti What Makes You Beautiful diminati ramai peminat.
Kumpulan dari Britain itu turut dianggotai oleh Liam Payne, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson. – Agensi
0 comments:
Post a Comment