Makan hati Murai dengan Rozita Che Wan bila ada jejaka sehensem Zain Saidin memujanya dan mengaku mencintainya! Eh? Haaaaaaaaaa jangan tak tau uols, Zain Saidin meluahkan segala rasa cintanya kepada Kak Kiah Pekasam tu.
Murai Batu tengok sendiri ungkapan rindu bermadah syahdu Zain kepada Che Ta di Instagram. Bukan main romantik lagi 'depa' dua ni. Berjanji cinta setia sebagai tanda bukti hati jejaka sudah dicuri Che Ta nan jelita. Ok tak madah Murai Batu? Boleh la kan? Ada yang jatuh cinta? Oopps?
Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. @rozitachewan1 . Dalam erti kata lain, Zain mengatakan bahawa Che Ta tidak akan menjumpai jejaka lain selain dia yang mencintai Che Ta sepenuh hati sepertimana yang dia, inilah janjiku. Kau ado? Untunglah.
Itu daripada Zain, Che Ta juga ada berbuat perkara yang sama, tapi dia meletakkan fotonya beserta kata-kata madah juga daripada Zain Saidin. Dah jelas sangat dah rasanya hubungan mereka ini. Kalau dah serius apa nak tunggu lagi kan?
Atau pun supaya menjelaskan kepada 'orang lain' yang Che Ta tu kepunyaan Zain dah. Maklumlah zaman sekarang kuat orang mencaras. Dah tau orang punya pun ada hati nak cucuk jarum. Opps lagi sekali!
Apa-apa pun kepada mereka berdua yang berbahagia di lamun cinta ini jangan nak tunggu lagi lama-lama. Che Ta pun memang laris di pasaran dan dikejar ramai jejaka. Nanti makan hati pulak awak Zain!
Murai Batu turut bergembira dengan cerita ini dan tak sabar nak kongsi dengan anda semua. Harapkan dengan berita ini cepat sikit kita dapat update hubungan cinta mereka. Makin lama makin banyak yang mencuba! Let the best man win! Gitu!,sumber
0 comments:
Post a Comment