Tuesday, 8 January 2013

Filled Under:

6 Taman Permainan Paling Seram di Dunia



Namun, taman bermain berikut ini tidaklah mempunyai cerita yang menyenangkan, kerana ditutup secara paksa dan ditinggalkan begitu saja menjadi sisa-sisa karatan yang tampak mengerikan.
Semak ulasannya berikut ini, seperti dikutip dari iCheapAirfares:
Gulliver 's Kingdom, Jepun
Taman Permainan ini mempunyai tema Gulliver, tokoh fiksyen dari Novel Inggeris. Taman bermain ini dibuka pada 1998 namun kerana sangat sepi kunjungan, terpaksa ditutup pada 2002. Dari kejauhan, sisa taman bermain ini tampak sangat menyeramkan kerana ada patung Gulliver besar yang tergeletak di tengah-tengahnya, seperti manusia yang telah tewas.


Takakanonuma Greenland, Jepun
Takakanonuma Ditinggalkan, Inilah 6 Taman Permainan Paling Seram di Dunia
Taman bermain ini dibuka pertama kali pada 1973, namun ditutup tidak beberapa lama kemudian kerana banyak kemalangan pada wahananya. Kemudian, taman bermain ini dibuka kembali pada 1986, namun tidak berjaya menarik pengunjung kerana reputasinya telah rosak akibat kemalangan-kemalangan yang pernah berlaku dulu. Kini, semua wahana taman bermain ini dibiarkan saja berkarat selama bertahun-tahun.
Jazzland / Six Flags, New Orleans, Amerika Syarikat
Six Flags Ditinggalkan, Inilah 6 Taman Permainan Paling Seram di Dunia
Taman bermain ini ditutup sejak 2005, kerana ada Badai Katrina yang menyerang wilayah New Orleans. Akibat ribut itu, wahana-wahana di taman bermain ini sebahagian besar menjadi rosak, dan dibiarkan begitu sahaja hingga kini.
Okpo Land, Korea Selatan
Okpo Land1 Ditinggalkan, Inilah 6 Taman Permainan Paling Seram di Dunia
Taman bermain yang satu ini mempunyai kisah sedih di sebalik penutupannya. Setelah beberapa kali berlaku kemalangan, termasuk salah satu kemalangan yang menyebabkan seorang gadis kecil tewas kerana jatuh dari wahana, Taman Permainan ini secara rasmi ditutup 1999. Tidak lama selepas ditutup, pemilik taman bermain ini dikhabarkan hilang tak tentu rimbanya.
Prypiat Amusement Park, Ukraine
Okpo Land Ditinggalkan, Inilah 6 Taman Permainan Paling Seram di Dunia
Taman bermain ini bernasib malang, kerana apabila dibuka pada 1986, tak lama kemudian terjadi bencana nuklear Chernobyl yang menggoncang Ukraine. Taman Permainan ini kemudian ditutup kerana tingginya radiasi nuklear di sekitar situ. Sisa-sisa taman bermain ini hingga kini tidak pernah dibersihkan kerana dikhuatiri masih mempunyai sisa-sisa radiasi nuklear.
Wichita Joyland, Kansas, Amerika Syarikat
wichita Ditinggalkan, Inilah 6 Taman Permainan Paling Seram di Dunia
Taman bermain ini dibuka sejak 1949 dan selalu ramai sejak saat itu. Namun pada 2003, taman bermain ini ditutup akibat adanya masalah kewangan yang dihadapi pemilik taman bermain. Kini taman bermain ini ditutupi semak belukar yang rimbun, dan kerap didiami oleh gelandangan dari bandar Kansas.sumber




2 comments:

Nuffnang Ads

Followers