BONSAI CATS,TREND BARU UNTUK HIASAN DALAMAN YANG MENYIKSAKAN KUCING
Terdapat
seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali
sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan
seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada
kaca.
Kemudian, dua
batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang
kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah
satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk
mengeluarkan najisnya.
Untuk
memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang
atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah
yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk
mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian
makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah
penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing
itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk
membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia
menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam
balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih
menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat
mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang
boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak
kucing itu!
Kami
benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat
mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap
orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika
unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu
sendiri.
p/s ; comel lak kucing dalam botol ni
0 comments:
Post a Comment