Tuesday, 29 January 2013

Filled Under:

GEMPAR!!! 40 TAHUN HIDUP SEBAGAI LELAKI BARU KINI PERASAN DIA WANITA!!




Selepas 40 tahun menjadi lelaki, akhirnya dia menyedari dirinya wanita setelah menjalani rawatan akibat menghidapi batu karang.

Steve Crecelius, 40, dari Montana, Kanada sudah 20 tahun berumah tangga bersama pasangannya, Debbie terkedu apabila doktor yang merawatnya mendakwa dia sebenarnya seorang wanita berdasarkan fungsi jantinanya.

“Steve mempunyai ciri-ciri wanita berdasarkan jantinanya setelah kami membuat ujian ultrabunyi terhadap penyakit yang dihidapinya,” ujar Dr Smith Joshep dari sebuah hospital kerajaan di Missuola.


Katanya, dia terkejut apabila ujian itu mengesan kedudukan jantina Steve biarpun mengikut rekod pengenalannya, dia berstatus lelaki.

Steve yang mengalami penyakit batu karang sejak lima tahun lalu tidak menyedari dirinya sebenar wanita. Namun, selepas ujian itu, dia akur dengan dakwaan tersebut.

Menurut Steve, sepanjang hayatnya, dia hanya menyedari dirinya seorang lelaki berdasarkan keadaan fizikalnya walaupun terdapat beberapa tanda yang mengelirukannya.

“Sejak kecil lagi, saya tidak dimaklumkan kedudukan jantina saya. Saya dibesarkan sebagai seorang lelaki dan ini yang mengelirukan saya,” ujarnya.

Kata Steve, semasa remaja dia pernah menjalani rawatan di sebuah hospital tempatan bersama ayahnya, namun dia tidak dimaklumkan keadaan sebenar kedudukannya.

“Saya amat kesal setelah 40 tahun menjadi lelaki barulah saya mengetahui saya sebenarnya seorang wanita,” ujar Steve yang dipetik dari agensi berita ABC News.

Isterinya, Debbie mengakui sepanjang perkahwinannya dengan Steve, dia merasai ada sesuatu yang dirahsiakan oleh suaminya tapi dia tidak sampai hati untuk meluahkannya.

“Steve seperti lelaki lain. Walaupun mempunyai beberapa kelainan di bahagian alat kelaminnya, dia tetap seperti seorang lelaki,” jelasnya.

Debbie mempunyai enam orang anak. Empat darinya adalah hasil perkahwinannya dengan suami pertama dan dua lagi dengan Steve.

Apapun, tambahnya, rumah tangga mereka tetap bahagia. Dia tidak kisah apa yang berlaku ke atas Steve kerana sepanjang perkahwinan mereka, Steve tetap mesra dan bertanggungjawab.

Setelah  menyedari dirinya wanita, Steve kemudiannya mengubah diri kepada penampilan wanita atas sokongan isterinya, Debbie serta beberapa ahli keluarganya.

“Saya rasa gembira kerana ramai keluarga saya setuju dengan penampilan baru saya sebagai wanita. Debbie adalah orang pertama yang setuju dengan penampilan itu,” kata Steve.

Walaupun menukar penampilan, hubungan Steve dan Debbie masih kekal sebagai suami isteri. Cuma, ada ketikanya, Steve terpaksa mengubah penampilan lelaki apabila berdepan dengan kenalannya.

Dengan menukar namanya kepada Stevie, dia  menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kurang selesa dengan penampilan baru itu.












1 comments:

  1. Pelik....mcm mana xbleh tau status jantina..lol

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers