Tuesday, 1 January 2013

Filled Under:

HOT!!! Produser Filem Raja Azmi Sangsi Penganjuran AIFFA 2013



Produser Filem Raja Azmi Sangsi Penganjuran AIFFA 2013

 Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman akui berasa sangsi dengan penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 yang telah berlangsung di Hotel Royale Chulan baru-baru ini, malah tidak yakin bahawa ianya berjaya dilaksanakan.
Raja Azmi berkata demikian ketika ditanyakan pandangannya mengenai keseluruhan konsep dan hala tuju AIFFA tersebut. Menurut Raja Azmi lagi, dia pada mulanya terkejut apabila AIFFA yang sebelum ini masih lagi di peringkat perbincangan akhirnya bakal diadakan tidak lama lagi.
"Apabila saya mengetahui AIFFA ini akan diadakan, saya agak terkejut kerana saya ingatkan ia cuma sekadar idea awal. Tambahan pula penyertaannya seakan sama dengan Festival Filem Asia Pasifik yang khabarnya pula akan ditamatkan penganjurannya.
"Ini merupakan sebuah tindakan berani oleh kerajaan Negeri Sarawak untuk tampil menganjurkan anugerah mengiktiraf penggiat filem serantau dan antarabangsa walaupun festival filem yang sedia ada di negara kita masih lagi tercari-cari hala tujunya sendiri.
"Pada saya, ini adalah tamparan hebat buat Festival Filem Malaysia (FFM) kerana tumpuan akan mungkin beralih kepada AIFFA yang lebih besar penyertaannya. Malah dengan situasi yang berlaku sekarang, apakah FFM masih relevan jika akan ada anugerah yang lebih besar daripadanya yang diadakan di negara kita.
"Tetapi pujian harus diberikan kepada mereka yang terlibat dalam merealisasikan idea AIFFA ini. Seperti yang dilihat, ia dikendalikan oleh mereka yang bukan memiliki latar belakang dalam bidang perfileman.
"Jika mereka berjaya meletakkan AIFFA sebaris anugerah berprestij yang lain, seperti yang saya cakap tadi ia sekali lagi memberi tamparan hebat kepada penganjur FFM,"ulas Raja Azmi mengenai penganjuran AIFFA 2013.
Manakala Vanidah Imran pula melihat AIFFA 2013 sebagai tempat pertemuan para karyawan filem serantau dan antarabangsa untuk mereka bertukar pendapat. Dia juga turut melihat peluang yang akan datang melalui penganjuran AIFFA 2013 ini.
"Festival seperti ini belum pernah dianjurkan oleh Malaysia. Ini dilihat perkembangan yang bagus di mana industri filem kita mendapat perhatian daripada pihak seperti kerajaan negeri dan persekutuan untuk dibawa ke pentas yang lebih besar.
"Sebagai pelakon pula, sedikit sebanyak dengan adanya festival seperti ini, kami dapat bertemu dengan para pelakon daripada negara lain serta dapat bertemu dan menjalani casting seperti mana yang sering dilakukan di festival filem antarabangsa lain,"ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran AIFFA 2013 di ibu negara, baru-baru ini.SUMBER




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers