Majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang diadakan di hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi dimeriahkan lagi dengan kehadiran pasangan pengacara, Scha Al-Yahya dan suaminya, Awal Ashaari (Schawal).
Apa yang pasti, kedatangan Schawal ke majlis tersebut bukan saja memenuhi undangan mempelai, sebaliknya Schawal merupakan pengacara program bagi Walimatulurus Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang bakal disiarkan di Astro Ria sebanyak tiga episod mulai 5 Januari 2013.
Berkongsi perasaaan sebaik saja tamat majlis resepsi, Khairul Fahmi atau lebih senang dipanggil Apex ternyata gembira walaupun amat risau andai ada jemputan tidak dapat dilayan sepenuhnya.
"Saya bersyukur, segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ini. Kedatangan anda semua membuktikan bahawa anda semua tetap menyokong karier saya walaupun saya sudah berumahtangga.
"Saya juga berterima kasih kepada keluarga, sahabat, rakan penaja dan media yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Saya mewakili kedua-dua belah pihak keluarga memohon maaf seandainya apa yang berlaku ada cacat celanya.
"Terima kasih kepada Astro, THR Gegar, Era FM, Brands, Ezuwan Ismail, Atiqah Songket dan Bride Sail yang sudah menjadi antara penaja untuk majlis malam ini. Tanpa sokongan anda, mungkin majlis malam ini tidak semeriah sebegini," katanya kepada murai.com.my.
Pasangan mempelai ini akan diraikan lagi dalam dua majlis resepsi yang mana sebuah majlis bertandang akan dilaksanakan pada 5 Januari 2013 di kediaman Apex di Kampung Cherang.
Manakala, sebuah majlis berkonsepkan English akan dianjurkan secara meriah di Hotel The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam.
Selain kedatangan sanak-saudara dari kedua belah pihak pengantin, majlis resepsi pada malam tadi turut dihadiri golongan VVIP. Majlis ini telah dimeriahkan dengan persembahan tarian asyik dan nyanyian dari artis kelahiran Kelantan.sumber
0 comments:
Post a Comment