Wednesday, 2 January 2013

Filled Under:

HOT!!! Sorotan Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi 2012



Sorotan Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi 2012
KUALA LUMPUR, 2 JAN 2013: Tahun 2012 nampaknya bukanlah tahun yang menarik buat industri perfileman filem tempatan kerana tidak ada filem yang benar-benar berjaya member impak seperti mana 2 filem hebat tahun lalu yang didominasi KL Gangter dan Ombak RIndu.
Jika dilihat dari segi pengeluaran filem, nyata ianya bertambah dengan dikatakan hampir 77 buah filem telah ditayangkan pada tahun ini berbanding 49 buah filem pada tahun lalu. Namun, kualiti haruslah melebihi kuantiti dan walaupun jumlah pengeluaran filem bertambah, namun hasil kutipan tiket pada tahun ini sedikit mengecewakan.
Adnan Sempit 2 muncul filem terlaris pada tahun ini dengan kutipan RM6.82 juta selepas ditayangkan di 82 buah panggung selama 34 hari tayangan. Jumlah ini bagaimanapun tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan tahun lalu kerana top 5 filem pada tahun 2011 semuanya melebihi angka RM7 juta.
Faktor kehebatan filem luar mungkin mempengaruhi kutipan filem tempatan pada tahun ini bila mana panggung dipenuhi penonton yang ingin menyaksikan kehebatan The Avengers, The Dark Knight Rises atau Skyfall dan ini sedikit sebanyak mungkin member kesan pada kutipan filem tempatan.
Ikuti sorotan portal Murai tentang 10 filem tempatan dengan kutipan tertinggi pada tahun 2012 ini.




1) Adnan Sempit 2 (RM6.82 juta)
Filem arahan Ismail 'Bob' Hashim yang mengambil alih kerusi pengarah dari Ahmad Idham yang berjaya menaikan nama Adnan Sempit. Walaupun berjaya menjadi filem terlaris pada tahun ini, kutipan yang diterima Adnan Sempit 2 tidaklah sehebat filem pertama yang mengutip RM7.7 juta pada tahun 2010.


2) Bohsia 2: Jalan Kembali (RM4.98 juta)
Walaupun gagal menghasilkan filem berkutipan tinggi sepertimana KL Gangster pada tahun lalu, Syamsul Yusof masih boleh menarik nafas lega kerana filem arahannya ini masih berjaya menarik perhatian penonton di panggung. Malah sekuel kepada Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ini berjaya mengatasi filem pertama yang mengutip RM4.2 juta.


3) Mael Lambong (RM4.88 juta)
Nama Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak senantiasa menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia hari ini, tidak kira sama ada dalam kategori pelakon, pelawak, pengacara atau pun peserta Super Spontan, Zizan terus menjadi 'fan favourite`. Atas dasar inilah Ahmad Idham memilih untuk membawa `alter-ego` Zizan, Mael Lambong ke layar perak dan hasilnya memang menjadi.


4) Istanbul, Aku Datang! (RM3.58 juta)
Sekali sekala, mungkin penonton ingin mencuba selera baru. Dan genre yang diketengahkan Bernard Chauly dalam filem arahannya, Istanbul Aku Datang mungkin kena pada masanya di saat penonton inginkan sesuatu kelainan. Pujian harus diberikan pada lakonan Beto Khusairy.


5) Hantu Gangster (RM3.45 juta)
Namawee, ya namanya memang sering mengundang kontroversi. Tetapi harus kita akui dia seorang yang sentiasa berpositif dalam apa jua karyanya. Kejayaan Hantu Gangster yang menggabungkan nama-nama besar industri hiburang tempatan adalah bukti Namawee mempunyai 'tempatnya' sendiri dalam berkarya.


6) Hantu Kapcai (RM3.19 juta)
Zizan lagi? Seperti dikatakan, apa saja yang ada nama Zizan, ianya pasti menarik perhatian. Kadang-kadang namanya saja boleh `mengenepikan` nama-nama besar lain yang sudah kukuh dalam industri ini. Hantu Kapcai adalah terbitan KRU Studios dan arahan Ghaz Abu Bakar dan Zizan sekali terbabit dalam filem yang melibatkan hantu dan mat rempit.


7) Aku Terima Nikahnya (RM2.75 juta)
Sama ada kecomelan Nora Danish, kejantanan Adi Putra atau disebabkan gosip menyatakan mereka pernah bercinta? Itu mungkin antara faktor menarik penonton ke panggung untuk menonton Aku Terima Nikahnya. `Chemistry` mereka berdua nampaknya menjadi dalam filem arahan Eyra Rahman ini.


8) Jangan Pandang-Pandang (RM2.51 juta)
Sebuah lagi filem dari keluarga Jangan Pandang.... Yang turut sama menampilkan nama Zizan sebagai teraju utama. Nama Sara Ali juga mula semakin dikenali selepas lakonannya dalam filem ini, dan nampaknya Ahmad Idham memang tidak pernah gagal dalam mengarahkan genre kegemarannya, komedi seram.


9) Seefood (RM2.36 juta)
Animasi tempatan nampaknya berjaya memasuki carta 10 filem kutipan tertinggi tahun ini. Filem animasi 3D ini adalah arahan Jeffrey Chiang dan diharapkan menjelang tahun-tahun akan datang, industri animasi 3D tempatan akan terus berkembang dengan sihat.


10) 8 Jam (RM2.30 juta)
Selain Zizan, nama Shaheizy Sam juga adalah faktor utama penonton ke panggung. Malah kalau diletakkan gandingannya Yana Samsudin dan pengarahnya pula adalah Ahmad Idham, sudah tentu penonton akan lebih tertarik. Sam pula nampaknya semakin selesa mendominasi filem-filem bercorak aksi.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers