Polis menangkap seorang
lelaki yang mengaku diri sebagai nabi dan menipu pengikutnya dengan
meminta harta serta membolehkan dia meniduri isteri para pengikutnya.
Lelaki 48 tahun bernama
Bantil yang berkerja sebagai guru agama itu mempunyai kira-kira 50
pengikut yang tinggal dalam kampung mereka dalam Kabupaten Kutai Timur,
Kalimantan Timur, Indonesia. Para pengikutnya memanggilnya Syekh
Muhammad dan dia mengaku sebagai Nabi, walaupun disebutkan ajarannya
menyimpang dari nilai-nilai Islam.
Seperti dipetik The
Jakarta Globe pada Khamis 13/12 lalu mengatakan, para pengikut mengaku
diminta menyerahkan wang kepada Bantil si nabi palsu maka dosa-dosa para
pengikutnya akan diampuni. Jika pengikutnya tidak punya wang, maka
Bantil harus dibenarkan meniduri isteri para pengikutnya agar dosa
mereka boleh diampunkan.
“Kami menangkapnya
selepas menerima laporan daripada penduduk,” kata Budi. “Setakat ini
hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan
memberikan 170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami
mengesyaki puluhan isteri para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi
menghapuskan dosanya. Kami masih menyiasat perkara itu,” jelas Budi.
Budi juga menjelaskan
polis telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi
ritual seperti serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima
atau nota bayaran daripada pengikutnya.
Bantil sendiri telah
mengaku meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan “membersihkan
dosa-dosa mereka”. Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.
Polis mengaku telah
berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama
tentang sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada
polis bahawa ajaran Bantil telah melencong dari Islam.
Polis juga telah berbincang apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.
Bantil dijelaskan
memulakan ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para
penduduk tempatan ia mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya.
Pada 2008, seorang warga sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu
dalam desa tersebut, namun polis tidak dapat menangkapnya kerana kurang
bukti.
nadicosmic
0 comments:
Post a Comment