OPP!!! CUME GAMBAR HIASAN JER |
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas Mohd. Zulkarnain Mohamad Sapi, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mohd. Zulkarnain dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya, Che Norlizawati Che Mohd. Noor, 30, memfailkan penceraian.
Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan membakar motosikal model Ritz RU110 milik isterinya itu di rumah sewa mereka di belakang Sekolah Kebangsaan Sri Bemban, Berek 12, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Januari lalu.
GAMBAR HIASAN |
Menurut fakta kes, pada pukul 1.48 petang hari kejadian, semasa mangsa sedang berniaga di Bazar Buloh Kubu, telah menerima panggilan telefon daripada tuan rumah sewanya mengatakan suaminya membakar motosikal berwarna biru miliknya di belakang rumah sewa mereka.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan lelaki itu ditangkap keesokan harinya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh apatah lagi lelaki itu sebelum ini pernah mempunyai dua rekod jenayah mencuri motosikal pada 1994.
Mohd. Zulkarnain yang tidak diwakili peguam bela hanya dikenakan hukuman ringan.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly memerintahkan tertuduh dihukum penjara dua tahun bermula dari tarikh ditangkap iaitu 20 Januari lalu.SUMBER;-ww.utusan.com
jemput singgah sini pula :)
ReplyDeletehttp://prunusserulata.blogspot.com/