Saturday, 23 March 2013
Filled Under:
INFO SAINS
SPESIS BUNGA SYAITAN BERWAJAH KELAWAR
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Bunga biasanya mempunyai warna indah dan wajah yang memikat. Namun, bunga spesis Tacca chantrieri ini berbeza. Spesies itu lebih layak disebut menyeramkan. Bagaimana tidak, bentuk bunga itu mirip kelelawar dan warnanya pun hitam.
Pelbagai sebutan dilekatkan pada spesies tersebut. Ada yang menyebutnya bunga kelawar hitam sesuai kenampakannya, ada pula yang menyebutnya bunga syaitan.
Spesies tanaman bunga ini termasuk langka. Habitat asalnya ada di kawasan tropika Afrika Barat dan Asia Tenggara. Suhu minimum untuk tumbuhnya spesies ini ialah 18 darjah. Tanaman ini perlu lahan yang lembab untuk bertahan hidup.
Tinggi tanaman bunga ini sekitar 80-110 cm. Batangnya panjang dengan warna merah kecoklatan. Semakin ke puncak tanaman, warna batang makin menghijau. Daunnya agak melingkar dan mempunyai lipatan khas berwarna hijau tua. Bentuk bunganya benar-benar mirip kelawar.
Tacca chantrieri juga mempunyai bahagian yang menjuntai, menambah kesan seram. Bahagian itu boleh mencapai panjang 25 cm. Biasanya, mahkota bunga yang masuk dalam keluarga Taccaceae ini memiliki lima helai daun mahkota.
Meski mempunyai wajah seram, bunga ini ternyata menarik minat ramai orang untuk menumbuhkannya. Pelbagai tip cara menanamnya beredar di internet. Salah satu perkara yang paling penting untuk menjaga spesies ini tumbuh adalah kelembapan tanahnya.
Bunga ini juga menghasilkan sebatian yang melawan kanser. Hasil kajian yang diterbitkan di Journal of the American Chemical Society tahun 2011 lalu menyatakan, bunga ini mempunyai sebatian yang boleh menstabilkan komponen sel yang disebut mikrotubulus, membantu melawan kanser.SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment