Pernahkah
sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang
menggelarkan Pulau Hashima sebagai pulau yang berhantu. Mengikut
sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat
Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang maju.
Pulau yang begitu kaya dengan sumber
arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan
bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an
sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini.
Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi dilaku kan.Selain
kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan,
restoran, bar dan teater.Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi
penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh
diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer
persegi.
Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau
ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dewan pawagam moden.
Selain itu, pulau yang tidak pernah wujudnya tumbuh-tumbuhan ini
akhirnya berubah dengan wujudnya penanaman taman-taman di atas bumbung
bangunan. Tapi zaman kegemilangan pulau ini tidak panjang.
Pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber
tenaga utama dari minyak. Ahli lembaga Mitsubishi mengambil keputusan
untuk menutup lombong di pulau ini. Satu tahun kemudian, penghuni pulau
ini mula meninggalkan pulau ini dan menjadikan pulau ini pulau berhantu
yang suatu masa dahulu merupakan pulau yang penuh dengan era
kegemilangan.
sumber
0 comments:
Post a Comment