Suami Celaka, Kencing Muka Isteri Kerana Masak Tak Tepati Selera - KUALA
LUMPUR : Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri
menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur
kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing
suaminya.
Dalam kejadian kira-kira
jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an
turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke
atas mangsa.
Isterinya yang tidak
tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina
membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian,
menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.
Sumber polis berkata,
pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan
pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula
perkahwinan di sini.
Menurutnya, dalam
laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan
pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun
lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.
“Menurut mangsa, dia
selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang
bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah
air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.
“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.
Bagaimanapun, kata
sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana
selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat
melepaskan geram oleh suaminya.
“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.
Menurutnya, selepas
menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa
sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat
di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan
Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika
dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan
memberitahu siasatan lanjut dilakukan.sumber
0 comments:
Post a Comment