Sunday, 6 January 2013

Filled Under:

Wow, Hotel Ini Sediakan Sarapan Bersama Zirafah


Mimpi bermalam dengan zirafah anda akan terwujud. Sebuah hotel bernama The Giraffe Manor di pinggiran Lang'ata di Nairobi, Kenya menyediakan sekawanan zirafah untuk menemani aktiviti anda ketika bermalam di hotel ini.

Zirafah langka jenis Rothschild akan berlari-lari di setiap pagi di halaman hotel. Mereka juga akan menggoda acara sarapan anda dengan menyembulkan leher panjangnya untuk meminta sarapan pagi.
186259 giraffe manor 663 382 Wow, Hotel Ini Sediakan Sarapan Bersama Zirafah
Banyak juga pengunjung yang berfoto bersama dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan anggun ini melalui jendela yang terbuka, di depan pintu dan bahkan di tingkap bilik mereka. Ini adalah satu-satunya tempat di dunia, di mana seseorang boleh berkongsi sarapan dengan haiwan langka ini.
giraffe Wow, Hotel Ini Sediakan Sarapan Bersama Zirafah
The Giraffe Manor dibina pada tahun 1932 oleh Sir David Duncan, di tanah seluas 150 hektar yang dialiri Sungai Mbagathi, batas selatan bandar Nairobi. Pada tahun 1960 hotel ini dibeli oleh pelabur tempatan dan sempat disewa oleh beberapa orang sebelum mengalami kerosakan teruk, di mana akhirnya Manor ini tidak didiami oleh sesiapa pun.
giraffe manor Wow, Hotel Ini Sediakan Sarapan Bersama Zirafah
Tahun 1974, Jock Leslie-Melville, cucu dari earl Scotland, dan isterinya yang merupakan pengasas African Fund for Endangered Wildlife (afew), membeli Manor tersebut. Mereka kemudian memindahkan dua yang bayi zirafah Rothschild yang terancam untuk tinggal di persekitaran Manor dan akhirnya melahirkan beberapa generasi. Mereka di mana mereka akhirnya berkembang dan melahirkan beberapa generasi zirafah lain.
giraffe manor 2 Wow, Hotel Ini Sediakan Sarapan Bersama Zirafah
Saat ini, banyak pelancong yang berkunjung ke The Giraffe Manor sebagai salah satu destinasi pelancongan safari pilihan di Afrika Timur. Beberapa pengunjung bahkan ketagihan menginap di Manor ini.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers