Thursday, 3 January 2013

Filled Under:

WOW!! Kereta kebal menggilis mayat sehingga hancur


Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut.


Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim. 

Menurut sumber Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria, kerugian yang dialami oleh pasukan tentera rejim juga adalah dalam anggaran jumlah yang besar ekoran pertempuran yang berlaku adalah di luar jangkaan.


Selain itu, jumlah kematian yang tinggi di pihak tentera rejim antaranya berdasarkan faktor semangat juang daripada pihak rakyat awam dan askar yang berpaling tadah yang sama-sama memikul senjata. Mereka ini lebih mengetahui keadaan setempat yang mampu bertahan di pertahanan masing-masing. Tindakan ini menyukarkan pihak askar rejim yang kebanyakannya datang dari luar menyerang kampung halaman mereka.

Menurut sumber itu lagi, jumlah kematian askar rejim yang dicatatkan tidak termasuk ribuan tali barut (syabih) yang berjaya dibunuh oleh rakyat dan tentera bebas.TAOTAUAJER




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers