Thursday 29 August 2013

Filled Under:

Seram ! 6 Tempat Paling Menyeramkan di Bandar Beijing




Walaupun kini pemandangan ibukota China telah dipenuhi oleh pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit yang serba moden, Beijing masih mempunyai banyak cerita rakyat yang mengandungi mitos dan tahyul. Sebahagian besar daripada cerita menyeramkan itu melibatkan komplot empayar dan tahyul yang menyebar di masyarakat. Berikut adalah 6 tempat paling menyeramkan di Beijing.



1. Istana empayar

 

Dengan sejarah lebih dari 600 tahun, Istana Empayar menjadi saksi bisu mayat-mayat orang yang dihukum bunuh atas pengkhianatan atau ketidaktaatannya pada  kerajaan. Sesiapa yang menentang kekuasaan empayar harus tunduk pada kematian.

Maka tidak hairan, jika penjaga istana saat ini sering menemui kejadian aneh seperti berjumpa dengan haiwan aneh dan wanita yang menangis.

2. Gongwangfu


 

Gongwangfu menjadi tempat tinggal seorang pegawai yang terkenal  dari Dinasti Qing, He Shen, dan 80 selirnya. Semua kekayaan yang diterimanya berasal dari pengabdian isterinya, Feng Shi, yang jatuh sakit setelah anak bongsu mereka tewas dalam pertempuran melawan pemberontak.

Banyak khabar angin mengatakan bahawa rumah itu dihantui oleh roh wanita serta banyak bekas pendamping dari He Shen. Ketika malam tiba, suara teriakan wanita dapat didengar dari kejauhan dan bergema memenuhi seisi bilik rumah.

Bahkan, penjaga keselamatan di tempat pelancongan itu mengatakan sering terlihat kelibat hantu wanita berpakaian putih yang nampak berkeliaran di dalam rumah.

3. Guijie

 

Terletak di Dongzhimen, Guijie merupakan sebahagian penting dari kehidupan warga Beijing. Walaupun sepintas jalanan Guijie terlihat ramai saat siang hari, pada malam hari suasana di sini akan berubah suram dan menakutkan. Banyak cerita hantu yang beredar di sekitar masyarakat Guijie. Menurut mereka, nama Guijie berasal dari Gui dan jie, yang bererti jalan berhantu. Mungkin itu disebabkan ada banyak kedai yang menjual peti mati di sini.

4. Perpustakaan Songpo

 

Terletak di Shihu Hutong No.7, Daerah Xicheng, Songpo adalah perpustakaan yang khusus menyimpan pelbagai sejarah China. Ini juga menjadi rumah dari Wu Sangui, jeneral yang meninggalkan Maharaja Ming Chongzhen kerana cintanya pada seorang pelacur yang cantik bernama Chen Yuanyuan.
Namun gadis itu kemudian merasa patah hati dan mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri kerana Wu nampaknya mulai bosan padanya. Dan selama 100 tahun terakhir, arwah gadis itu selalu menghantui hutong.


5. Huguang Huiguan

 

Huguang Huiguan telah dihantui sejak itu dibina di atas kawasan kubur purba. Selama tempoh Republik China, seorang dermawan kaya memutuskan untuk membina sebuah rumah bagi masyarakat miskin di laman kuburan kuno tersebut. Konon,

dermawan itu mengupah seorang petugas kebersihan yang terkena kusta parah yang bahkan membuat para orang mati sekalipun tidak tahan melihatnya. Khabar angin mengatakan bahawa jika seseorang membaling batu ke laman Huguang Huiguan, dia akan mendengar suara omelan yang cukup keras, namun anehnya tidak ada seorang pun di sana.


6. Makam jeneral Yuan



 

Terletak di daerah Chongwen, Beijing, makam Jenderal Yuan konon dihantui oleh roh jeneral tersebut di malam hari. Sebagai penyokong setia dari Dinasti Ming, Jeneral Yuan telah mencuba segala cara untuk melindungi tanah dari keluarga empayar.

Namun, sebuah kebohongan yang dikatakan seseorang pada telinga maharaja membuatnya meragukan niat baik Jenderal Yuan. Pada akhirnya, kesetian jeneral tersebut dibalas dengan hukuman mati yang menyakitkan yakni dipotong hingga 1,000 bahagian.

Khabar angin mengatakan Yuan kemudian bersumpah bahawa jiwanya akan selalu menjaga Semenanjung Liaodong. Itu dikatakannya sebelum eksekusi dilakukan. Beberapa orang menyatakan bahawa hantunya kini mengembara di sekitar daerah ini pada malam hari untuk membalas dendam atau menjaga tanah tersebut. Inilah tujuh tempat pelancongan dengan pelbagai cerita hantu yang menyeramkan di China. Berminat untuk bercuti ke sana?








5 comments:

Nuffnang Ads

Followers