Di tokyo ada sebuah rumah kaca 3 tingkat dengan keluasan 914 kaki persegi yang direka oleh seseorang yang telah memenangi award dalam Tokyo arkitek bernama Sou Fujimoto. Rumah yang diberi nama House NA dilengkapi dengan dinding dari kaca yang kukuh dan lantai yang direka membentuk seperti meja sebanyak 21 plate untuk kegunaan penghuni dan tetamu seperti duduk, memasak, makan, tidur dan bermain. Sebahagian lantai akan panas untuk memberi keselesaan kepada penghuni semasa musim sejuk.
Inspirasi rumah ini diambil dari konsep pokok dengan dahan yang bertingkat-tingkat yang boleh diduduk. Walaupun boleh dikatakan keseluruhan rumah ini tranparent, terdapat langsir-langsir yang disediakan bagi menyediakan sedikit privacy kepada penghuni. Kiranya rumah ini macam akuarium manusia la. Tak sanggup Cap nak tinggal kat rumah ni walaupun bagi percuma.haha..
/penpatah.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment