Rameses III
Encik Billis,61, adalah seorang pemandu teksi di Torquay bukan seorang firaun di zaman Mesir purba kala.
Tetapi disebabkan beliau ni begitu minat menonton dokumentari, maka beliau mengambil keputusan untuk menjadi manusia moden pertama menjadi mummia. Contoh pengaruh tv yang tidak baik untuk kesihatan mental.
Bagi isteri dan anak-anak beliau pun no hal kalau bapak dorang nak jadi mummia lepas meninggal dunia. Kira dapat restu keluarga lah ni.
Beliau mengambil keputusan tersebut setelah terlihat iklan di tv yang ingin memfilemkan proses manusia menjadi mummia. Proses memummiakan Encik Billis ini akan didokumentarikan dan ditayangkan di saluran tv di sana. Mungkin kat Astro lama lagi kot.
Bukan setakat masuk tv saja. Mummia pemandu teksi ini juga akan menjadi bahan kajian sains bagaimana pereputan mummia berlaku. Mungkin tak lama lagi, nama Encik Billis boleh masuk dalam buku teks Sains moden.
Oh ! lepas anda membaca entri ini atau menonton dokumentari beliau janganlah korang terpengaruh nak jadi firaun mummia ke-dua zaman moden plak.
sumber asal : Dailymail
kredit : http://ks-colorlife.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment