Wednesday, 13 February 2013

Filled Under:

AL-FATIHAH!! IBU CATRIONA ROSS ANTARA 3 TERKORBAN DALAM KEMALANGAN BAS EKSPRES-KERETA


“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Menurut Catriona, dia dihubungi keluarga di Kota Bharu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5 pagi dan terus bergegas ke Hospital Gerik bersama suami dan ahli keluarga lain.

Ketika Harian Metro menghubunginya pagi tadi, suara pelakon itu kedengaran tenang dan dia sedang menunggu pihak hospital menguruskan jenazah ibunya sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu untuk dikebumikan selepas Asar. 



Kejadian itu berlaku di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa.

Mangsa bersama dua lagi Norimi Ghani, dan Sitah Abdullah, kedua-duanya 40, maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan yang berusia 40-an, cedera.


Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki empat mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.
Allahyarham Siti Zawiyah merupakan ibu kepada pelakon Catriona Ross.

Pemandu kereta dipercayai suami salah seorang mangsa yang maut selamat dan dihantar oleh orang awam ke Hospital Gerik setelah mengalami kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala, pemandu kereta yang cedera dirawat di hospital sama.






Sementara itu, Catriona merayu umat Islam khususnya para peminatnya menghadiahkan bacaan al-Fatihah untuk Allahyarham ibunya.
Catriona dalam laman sosial Facebook berkata, dia masih berduka dengan kejadian mengejut itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.




“Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," kata Catriona dalam status Facebook beliau.
Dalam pada itu, Catriona memberitahu, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN

SUMBER;- UTUSAN & HARIAN METRO





1 comments:

  1. Jam 4 bertolak dari Grik ke kota bharu pukul 6 baru di kebumi kan d kota bharu. Tp nice cerita ko

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers