Steenkamp, 29, yang juga seorang model ditembak mati di rumah Pistorius, kelmarin.
Pistorius muncul di mahkamah sambil menangis teresak-esak semalam.
Dia menghadapi tuduhan membunuh kekasihnya.
Permohonan bagi ikat jamin ditangguhkan sehingga Selasa depan dan atlet itu akan kekal dalam tahanan polis.
“Dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bunuh itu,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga Pistorius selepas dihapakan di mahkamah semalam.
Bagaimanapun, keluarganya tidak memberi sebarang penjelasan lanjut berhubung apa yang sebenarnya berlaku.
Jika sabit kesalahan pembunuhan itu dirancang terlebih dahulu, dia boleh dihukum penjara seumur hidup.
0 comments:
Post a Comment