Saturday, 16 February 2013

Filled Under:

Tiket Piala FA temukan Faiz-Hanim

SIAPA sangka perkenalan singkat kedua mempelai ini akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Demikian kisah cinta merpati dua sejoli Faiz Hussamuddin, anak kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, dan pasangannya Tengku Norhanim Tengku Othman.

Bagi Hanim, keengganan Faiz menjalin hubungan cinta, sebaliknya mahu terus mendirikan rumah tangga, benar-benar menambat hatinya selain sikap pemuda itu yang begitu menghormati orang tua.

Menceritakan detik-detik perkenalan mereka kepada Sinar Harian Online, Hanim yang tidak lekang dengan senyuman berkata, adiknya yang pada mulanya memperkenalkan beliau dengan Faiz.

Mereka kemudiannya saling berkomunikasi menerusi laman sosial Facebook sekitar awal tahun lalu sebelum kali pertama bertemu ketika Faiz hendak menyerahkan tiket Piala FA, Kelantan lawan Sime Darby Mei tahun lalu.

"Begitulah bermulanya hubungan kami. Selepas itu Faiz pergi ke New Zealand, masing-masing rasa ada cinta, ada rindu," luah Hanim.

Sementara bagi Faiz pula, semua tentang Hanim menarik di matanya.

"Yang memikat saya terhadap Hanim, semuanya. Kalau kita hendak cakap satu persatu, contohnya kecantikan, semua itu nanti tuhan boleh tarik balik. Saya rasa ia sangat subjektif. Saya rasa keseluruhannya," ujar anak keempat kepada Datuk Hussamuddin Yaacub ini.

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi pasangan pengantin ini di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Majlis yang bermula seawal jam 10.30 pagi dihadiri ramai tetamu jemputan, sanak saudara dan sahabat handai termasuk tenaga kerja Kumpulan Media Karangkraf.

Selain disajikan dengan dendangan dikir barat yang menjadi kebanggaan masyarakat pantai timur, para tetamu juga dihidangkan dengan aneka juadah termasuk menu utama nasi dagang dan gulai kawah.

Diuja persoalan di mana lokasi bulan madu mereka, pasangan ini bagaimanapun berkata, masih belum merancang destinasi pilihan memandangkan pada minggu hadapan Hanim akan menyambung pengajiannya di Universiti Malaya.

Faiz dan Hanim selamat diijabkabulkan pada tanggal 12.12.12 lalu.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers