Friday, 29 March 2013
Filled Under:
INFO SAINS
(INFO) SEBAB-2 MANUSIA LEBIH CERDIK DARI MONYET
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
LONDON - Saiz otak keseluruhan ternyata bukan faktor yang membuat manusia lebih pintar daripada kumpulan primat lain. Saiz otak bahagian tertentu lebih berperanan.
Pasukan penyelidik dari University College London mendapati keistimewaan manusia terletak pada ukuran prefrontal cortex yang relatif besar berbanding jenis lain.
"Akhirnya, kita boleh mengenal pasti hal apa yang istimewa dari organisasi otak kelompok monyet ," kata Jeroen Smaers, pakar biologi evolusi di University College London.
Saintis melakukan kajian pada potongan sampel otak dari 17 spesies primat yang wujud dalam jangka masa sehingga 40 juta tahun lalu.
Mereka mencari bahan-bahan putih (white matters) yang ada di bahagian prefrontal cortex dan keluasan bahagian otak yang mengatur perancangan gerak pada monyet mengalami peningkatan sejak terpisah dari kumpulan monyet tua (baboon dan lutung) sekitar 20 juta tahun lalu.
Smaers menuturkan, peningkatan keluasan bahagian perancangan gerak mungkin membantu kumpulan monyet mengatur gerakan kompleks yang diperlukan untuk membangunkan alat. Dengan demikian, kumpulan primat itu lebih mudah mencari makanan.
Sementara bahagian prefrontal cortex menyumbang dalam kesedaran sosial (social cognition), pertimbangan moral (moral judgements), introspeksi, dan perancangan arah tujuan.
"Bahagian prefrontal cortex bertindak layaknya CEO dalam otak. Ia mengambil maklumat dari bahagian yang lain dan menyintesis maklumat tersebut," kata Smaers
Pola berbeza ditunjukkan oleh Gibbon dan monyet Howler. Bahagian otak yang paling berkembang pada kedua-dua jenis primata ini adalah bahagian hippocampus yang berperanan pada tugas spasial.
Faktor tersebut membuat Gibbon dan monyet Hawler mahir dalam spasial dan boleh tinggal di pelbagai keadaan persekitaran yang berbeza.
Antropolog dari George Washington University, Chet Sherwood, yang tidak terlibat kajian, mengatakan, penemuan Smaers dan koleganya tak hanya menunjukkan fakta mengenai peranan penting prefrontal cortex, tapi juga menjelaskan bahawa bahagian tertentu dari otak dapat berkembang secara selektif untuk memenuhi permintaan dari persekitarannya.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment