Lapland, Merupakan
sebuah provinsi yang ada di Finland yang memiliki keluasan wilayah
98.946 km = C2 = B2 dengan populasi penduduk seramai 187777 orang
(2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Wilayah ini memiliki sebuah
fenomena unik indah untuk dipandang, iaitu matahari di tengah malam.
Hal ini terjadi kerana
lokasinya yang berada di lingkaran kutub, selama dua puluh empat jam
dalam dua bulan setiap tahun wilayah ini akan disinari oleh matahari
sepanjang hari tanpa henti. Fenomena unik ini biasanya disebut midnight
sun atau matahari tengah malam.
Fenomena ini biasanya
akan berlaku setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang melawat Lapland
dapat melihat secara langsung cahaya unik dari matahari tengah malam,
yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini. Hal ini
membolehkan bagi para pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam
hari atau bahkan melakukan sukan golf selama 24 jam tanpa henti. Salah
satu tempat kegemaran pelancong untuk pelancongan golf yang terdapat di
Lapland adalah Bjorkliden GC, padang golf yang terletak paling utara
wilayah ini. Bersempadan dengan beberapa pergunungan yang merupakan
sempadan negara antara Sweden dan Finland serta Tasik Tornestrask.
Selain dapat menikmati
sensasi bermain golf di tengah malam, aktiviti-aktiviti pelancongan lain
yang juga digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen yang
merupakan resort ski di kedudukan paling utara di Eropah. Tidak seperti
resort ski lain di Eropah, Riksgransen tidak mempunyai suhu sejuk,
sehingga para pencinta ski tidak perlu takut dengan kesejukan.
Hal ini disebabkan
fenomena matahari tengah malam tadi, yang membuat matahari tetap
bersinar sehingga menjadikan wilayah ini tetap hangat sekaligus masih
mempunyai salji untuk para pemain ski berseluncur.
Lapland juga merupakan
rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. di hotel ini, para
tetamu akan tidur di antara bongkah ais yang dilapisi cadar bahan kulit
rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel
ini diperbuat daripada ais.
Hotel ini dibina pada
1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibina oleh para pemahat ais
tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya
dibuka pada musim sejuk sahaja. Khas untuk tahun ini, Hotel ais dibuka
juga pada musim panas. Seperti biasa, air untuk membuat ais ini diambil
dari Sungai Torne, yang tidak jauh dari hotel.sumber;-detik islam
0 comments:
Post a Comment