SEMPORNA: Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat
secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan
maklumat keselamatan kepada mereka.
Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah
berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini
merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD)
Lahad Datu untuk soal siasat.
"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia
berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9
pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan
empat suspek wanita.
Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat
kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.
Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota
polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan
pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas
Sulu.
Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata
dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53
penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis
terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac
dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari
kemudian. BERNAMA
sumber
Sunday, 10 March 2013
Filled Under:
PENCEROBOHAN SABAH
TERKINI!! 33 SUSPEK PENGGANAS S.U.L.U. DITAHAN POLIS SEMPORNA
Posted By:
zamri spoon
on 13:21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment