Showing posts with label PENCEROBOHAN SABAH. Show all posts
Showing posts with label PENCEROBOHAN SABAH. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

Jumpa rangka pengg.anas S.u.l.u di dalam semak

KOTA KINABALU - Pasukan keselamatan kelmarin menemui tiga rangka dipercayai mayat pengganas Sulu yang mati ditembak dalam pertempuran ketika Ops Daulat di dalam semak di Kampung Tanjung Batu di sini.
Kesemua rangka yang belum diketahui jantina dan umur itu ditemui pada pukul 2.05 petang hasil operasi penggeledahan berterusan oleh pasukan keselamatan meskipun Ops Daulat telah tamat hampir tiga minggu lalu.


gambar hiasan
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, ketika ditemui kesemua rangka itu memakai pakaian celoreng tentera Sulu berserta dokumen pengenalan yang mengesahkan mereka sebagai tentera pengganas tersebut.
"Kita turut menemui selaras senjata jenis Garant dan beberapa butir peluru berdekatan mayat-mayat itu.
"Penemuan kesemua barangan itu menguatkan lagi dakwaan yang mereka merupakan pengganas Sulu yang mati ditembak ketika bertempur pada 6 Mac atau sewaktu operasi membersih dan menggeledah yang dilakukan pasukan keselamatan di Tanjung Batu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Thursday, 11 April 2013

Lagi tali barut pen.gganas dicekup





SANDAKAN – Sembilan individu termasuk dua wanita yang disyaki menjadi tali barut puak pengganas Sulu ditahan dalam dua operasi di sebuah perkampungan berhampiran Beluran dekat sini.
Tangkapan pertama melibatkan tujuh individu yang dilakukan pada pukul 8 malam kelmarin sebelum disusuli operasi kedua yang dilakukan pada pukul 10 pagi semalam dan berjaya menahan dua lagi individu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pemeriksaan mendapati tujuh daripada suspek yang ditahan merupakan warga Filipina manakala dua lagi warga tempatan yang masing-masing berketurunan Kagayan dan Melayu.
Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 50 tahun. Jarak antara Beluran dengan Kampung Tanduo kira-kira 300 kilometer.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Wednesday, 3 April 2013

Jama.lul K!ram nafi upah askar ceroboh Sa.bah


MANILA - Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III menafikan dia membayar upah kepada askar-askar pasukan Keselamatan Diraja untuk memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, lapor akhbar dalam talian Philstar .com semalam.
Jurucakapnya, Abraham Idjirani berkata, Jamalul Kiram tidak mampu untuk membayar mereka dan para pengikutnya itu.
Idjirani turut berkata, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman telah mengaku tidak menyalurkan dana kepada Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, katanya, Muhammad Ridhwan mengaku menyalurkan sumbangan kepada Muedzul Lail Tan Kiram yang didakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
"Muhammad Ridhwan mengaku tidak kenal Jamalul Kiram dan adiknya, Azzimuddie Kiram. Itu bermakna wujud konspirasi di Malaysia. Mereka (Malaysia) menggunakan yayasan amal untuk mencabar kesahihan Kesultanan Sulu," kata Idjirani.
Menurutnya, Muhammad Ridhwan merupakan individu yang membiayai istiadat pertabalan Muedzul sebagai Sultan Sulu pada Disember lalu.
Idjirani menegaskan bahawa walaupun Muedzul yang merupakan anak saudara Jamalul Kiram, dia sebenarnya berada pada kedudukan ke-14 sebagai pengganti Sultan Sulu.
Dia menyatakan, Malaysia kini terlibat dalam kempen memberikan maklumat yang palsu.
Idjirani turut menyelar Malaysia kerana mendakwa lapan orang lelaki yang dilaporkan telah ditangkap sebagai para penyokong Tentera Kesultanan Sulu.
Katanya, daripada lapan nama itu hanya seorang sahaja merupakan anggota tentera Kesultanan Sulu.
Para pengikut Jamalul Kiram memasuki Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu bagi menuntut tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.
Sementara itu, menurut portal berita, ABS-CBNnews.com kelmarin, Jamalul Kiram menemui Ketua Persidangan Biskop Katolik Filipina, Jose Palma dengan harapan tuntutannya ke atas Sabah akan mendapat perhatian Pope Francis I yang merupakan Ketua Gereja Roman Katolik.



Tuesday, 2 April 2013

Lokasi persembunyian pengg.anas di Sa.bah kini bersih


LAHAD DATU - Sembilan kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan bersih daripada ancaman pengganas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.
"Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing.
"Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, semalam.
Beliau berkata, tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya.
Beliau berkata, walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara.
"Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya.
Mengulas laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: "Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah  terjamin."



Monday, 1 April 2013

JAMA.LUL K!RAM BUKAN KETURUNAN S.U.L.TAN YG SAH


KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mendakwa  Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar.
Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung  kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.

Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.

 

 "Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru  jalanan dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina.
"Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Ridhwan berkata berdasarkan pertemuan dengan Muedzul Lail, beliau dimaklumkan bahawa keturunan sultan Sulu tidak boleh menuntut semula Sabah dari Malaysia dan Muedzul Lail menunjukkan beberapa surat serta dokumentasi yang membuktikan tiada tuntutan boleh dibuat keturunan sultan Sulu terhadap Sabah.

Ditanya mengenai perjanjian pajakan Sabah itu tamat pada 2015 dan kedatangan penceroboh terbabit ingin memperbaharui  perjanjian itu, Muhammad Ridhwan menegaskan: "Tidak benar, dia (sultan Sulu ketika itu) tiada perjanjian dateline (tiada tempoh), dia (sultan Sulu ketika itu) serahkan pada British untuk dibangunkan".

Muhammad Ridhwan yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan di Sabah, menyerah diri di Ibu  Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridhwan, tidak terlibat dengan pengganas bersenjata  dari selatan Filipina tetapi boleh membantu polis dalam siasatan berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas. - Bernama


LAHA.D DA.TU:- DATUK SERI SALUR DANA DIKEHENDAKI PO.LIS

HAMZA menunjukkan gambar Muhammad Ridhwan yang dicari polis bagi membantu siasatan Ops Daulat pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.




 Pihak polis sedang mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri dari Pulau Pinang bagi membantu pasukan keselamatan menyiasat kes kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mengikut maklumat lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman beralamat terakhir di George Town dan dikatakan memegang jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang.
“Lelaki ini dikehendaki berhubung siasatan Ops Daulat dan pasukan keselamatan percaya dia boleh membantu dalam operasi ini. Kita harap lelaki ini tampil,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, hasil siasatan, polis mengesyaki lelaki berkenaan mungkin berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau di Sabah.
Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai yang mengenali Muhammad Ridhwan diminta menghubungi polis bagi mempercepat siasatan.
“Kita mengharapkan kerjasama orang ramai dan mereka boleh hubungi pihak polis sama ada melalui Rakan Cop melalui nombor 03-2052 5999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan di seluruh negeri,” kata beliau.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Sunday, 31 March 2013

MAYAT PENGG.ANAS S.U.L.U. MULA DIBEDAH SIASAT



Lahad Datu: Mayat seorang anggota kumpulan pengganas yang ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini, pada 6 Mac lalu, berjaya dikeluarkan pagi semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mayat itu menjadikan 46 daripada 68 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dikeluarkan sehingga kini.




“Mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya pada sidang media Ops Daulat di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini.

Hamza berkata, operasi pembersihan dan penggeledahan pihak berkuasa bagi menumpaskan saki-baki pengganas yang kini berpecah kepada kumpulan kecil diteruskan di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Lok Buani.

Beliau berkata, pihaknya akan menutup pusat pemindahan sebaik semua lapan kampung yang sebelum ini diletakkan dalam zon merah bebas daripada pengganas.


Dalam pada itu, beliau berkata, Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu tidak akan dihentikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ini kerana operasi ketenteraan itu tidak hanya membabitkan Lahad Datu, malah membabitkan kawasan lain, termasuk Semporna dan Sandakan.

“Ia bergantung kepada keadaan keselamatan di kawasan terbabit,” katanya.



Hamza berkata, sehingga hari ke-26 Ops Daulat, pasukan keselamatan menahan 126 individu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Angka itu termasuk isteri dan anak perempuan seorang pengganas dipercayai pembantu dan pengawal kepada imam tua, yang ditembak mati di Kampung Sri Jaya, Simunul, kelmarin.


Selain itu, katanya, operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menyaksikan 443 ditahan mengikut akta lain.



LAHAD DATU ;- PENGGANAS SULU LEPAS GERAM


ABDUL JABBARmenenangkan isterinya, Norhaya yang sedih melihat rumah kedaimereka yang musnah angkara pengganas di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU - Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.
Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.
Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.


Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.
Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.
"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.
"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya.





Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Thursday, 28 March 2013

GEMPAR!! Datu Piah jeneral di Semporna


 

SEMPORNA - Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.
Menurut satu sumber, sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur strategi serangan mereka secara terancang.
"Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.

 

Baki 28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Difahamkan, jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di perkampungan atas air di negeri ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.






Bayar RM50 untuk jadi askar S.u.l.u




SEMPORNA - Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.
Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian.
Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50.

 

"Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5.
"Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina," katanya semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Wednesday, 27 March 2013

LAHAD DATU ;- NI DIA PENGG.ANAS SU.LU DATU PIAH BERSEMBUNYI DI SEMPORNA

SEMPORNA – Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.
Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.
“Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu,” kata sumber tersebut di sini semalam.
Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun menemui jalan buntu.
Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
“Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba menggerakkan kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan kekacauan,” kata sumber itu lagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



JAMALUL KIRAM BENGGANG AHLI KELUARGANYA DITANGKAP

Jamalul Kiram III


Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.
Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul Kiram, Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.
Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.
Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.

 

Idjirani berkata, Janjan telah ditahan di Semporna pada minggu lepas.
Katanya, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram memaklumkan mengenai nasib yang menimpa Janjan melalui perbualan telefon semalam.
“Dia (Janjan) telah ditahan dan dibunuh kerana dia saudara kepada Jamalul Kiram serta didakwa menjadi dalang ketegangan di Sabah.
“Namun, dia sebenarnya sudah menetap di Sabah sejak awal tahun 1990-an,” kata Idjirani.
Katanya, Amirbahar merupakan pemegang pasport Filipina.
Kumpulan pengganas Sulu itu menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu. – Agensi

sumber;-kosmo


Tuesday, 26 March 2013

TERKINI !! P.EGUAM NEGARA - KAMI AKAN BURU JAMAL.UL KIRA.M



Jamalul Kiram
 
PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasan keselamatan.
 

"Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan
secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.

Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar Hushin Kiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara akan meneliti perkara itu.
Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram,
kepada kerajaan Filipina.

"Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... sudah tentu kami akan memburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketika disoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiram yang memegang kewarganegaraan Malaysia.    
Abdul Gani juga berkata, lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
menganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia.

Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata jika perkara itu benar, "sudah
tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang."




Saturday, 23 March 2013

JAMALUL KIRAM BAKAL SAM.AN MALAYSIA RM77.8 BILLION

Jamalul Kiram III

TAGUIG CUTY, Filipina - Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.
Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini.
Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram.
 




Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




Wednesday, 20 March 2013

LAHAD DATU ;8 SUSPEK PENGG,ANAS S.U.L.U DIDAKWA (4 FOTO)



LAHAD DATU: Seramai lapan orang dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

 
Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

 



LAHAD DATU: 8 PENGGA.NAS S.U.L.U DIDAKWA

Lapan daripada 108 pengganas didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 130 K(A) dan Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
Bagaimanapun, tiadak pengakuan direkodkan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat, pagi ini, mendakwa semua 108 disyaki pengganas itu akan didakwa.




Tuesday, 19 March 2013

LAHAD DATU;- 4 PERTEMPURAN BERLAKU ANTARA PENGG,ANAS DAN PASUKAN KESELAMATAN



LAHAD DATU: Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu di sini semalam.
Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini.
Beliau berkata, dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.




Saturday, 16 March 2013

TERKINI !! TIADA TANDA AZZI,MUDDIE GHAIB KE SELATAN FILIPINA

 
ketua militan Sulu, Azzimudie Kiram atau Agbimuddin Kiram


KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tidak ada tanda yang membuktikan ketua militan Sulu, Azzimudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah melarikan diri ke selatan Filipina.



Katanya sehingga kini polis tidak mendapat sebarang petunjuk menyatakan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata ke atas Lahad Datu telah berada di selatan Filipina.

Laporan lolos itu mungkin hanya satu jangkaan dan kemungkinan besar juga Azzimudie masih berada di Lahad Datu, katanya.

"Tetapi, andai kata dia telah berada di selatan Filipina, ini jelas menunjukkan dia memang seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan
anak-anak buahnya di sini berhadapan dengan pasukan keselamatan," katanya hari ini ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.

Akhbar hari ini melaporkan ketua pengganas Sulu itu lolos ke selatan Filipina dan meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.



PENGECUT!! RAJA MUDA S.U.L.U 'CABUT LARI'



Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain



TERKINI !! PENGG,ANAS S.U.L.U TERDESAK MENCARI AIR




Lahad Datu: Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.





Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Nuffnang Ads

Followers