KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk
Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mendakwa Jamalul Kiram, yang dipercayai
dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu
sebenar.
Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar
adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung kesultanan Sulu
terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.
Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.
"Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan
poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru jalanan
dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak
kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina.
"Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan
bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muhammad Ridhwan berkata berdasarkan pertemuan dengan Muedzul Lail,
beliau dimaklumkan bahawa keturunan sultan Sulu tidak boleh menuntut
semula Sabah dari Malaysia dan Muedzul Lail menunjukkan beberapa surat
serta dokumentasi yang membuktikan tiada tuntutan boleh dibuat keturunan
sultan Sulu terhadap Sabah.
Ditanya mengenai perjanjian pajakan Sabah itu tamat pada 2015 dan
kedatangan penceroboh terbabit ingin memperbaharui perjanjian itu,
Muhammad Ridhwan menegaskan: "Tidak benar, dia (sultan Sulu ketika itu)
tiada perjanjian dateline (tiada tempoh), dia (sultan Sulu ketika itu)
serahkan pada British untuk dibangunkan".
Muhammad Ridhwan yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan
berhubung kes pencerobohan di Sabah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis
Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad
Ridhwan, tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan
Filipina tetapi boleh membantu polis dalam siasatan berhubung kes
pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas. - Bernama
Monday, 1 April 2013
Filled Under:
PENCEROBOHAN SABAH
JAMA.LUL K!RAM BUKAN KETURUNAN S.U.L.TAN YG SAH
Posted By:
zamri spoon
on 20:23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
like seriously? slama ni mati2 dok ingat yg jamalul kiram tuu sultan sulu yg sah... =_="
ReplyDelete