SEMPORNA – Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh
Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul
Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.
Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai
sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama
seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang
ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.
“Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang
terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac
lalu,” kata sumber tersebut di sini semalam.
Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit
yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu
bagaimanapun menemui jalan buntu.
Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia
juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di
Lahad Datu.
“Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan
Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba
menggerakkan kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan
kekacauan,” kata sumber itu lagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Wednesday, 27 March 2013
Filled Under:
PENCEROBOHAN SABAH
LAHAD DATU ;- NI DIA PENGG.ANAS SU.LU DATU PIAH BERSEMBUNYI DI SEMPORNA
Posted By:
zamri spoon
on 07:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment