Saturday, 16 March 2013

Filled Under:

PENGECUT!! RAJA MUDA S.U.L.U 'CABUT LARI'



Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain



Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

“Berdasarkan sumber tertentu, hanya pengikutnya kini berkeliaran di kawasan operasi manakala dia sudah meninggalkan Sabah, pulang ke selatan Filipina.

“Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Bagaimanapun, Zulkifeli tidak mengulas lanjut bagaimana dan bila Abgimuddin dapat meloloskan diri.


Ditanya mengenai perkembangan terkini saki-baki kumpulan pengganas di Lahad Datu, Zulkifeli memberitahu mereka kini bergerak dalam kumpulan kecil, namun tiada pertempuran berlaku semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers