Monday, 11 March 2013

Filled Under:

TERKINI! DATUK LEE CHONG WEI TEWAS DI TANGAN CHEN LONG (CHINA)

KUALA LUMPUR — Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahan gelaran juara perseorangan lelaki Kejohanan All England selepas kalah 17-21 dan 18-21 kepada Chen Long dari China di Birmingham Indoor Arena, England malam tadi.
Pemain pilihan kedua itu terpaksa bekerja keras selama 62 minit untuk menundukkan Chong Wei, yang merupakan pemain pilihan utama kejohanan itu.
Kekalahan ini bermakna Chong Wei gagal mencipta kemenangan hatrik selepas memegang gelaran juara pada edisi 2011 dan 2010.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain pada tahun lepas, Chong Wei pernah mengalahkan Chen Long pada aksi separuh akhir temasya Sukan Olimpik London 2012 dan final Kejohanan Terbuka Malaysia Maybank pada tahun yang sama.
Chen Long pula sebelum ini pernah menundukkan Chong Wei pada final Kejohanan Terbuka Hong Kong 2012. — BERNAMA




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers