Ular merupakan reptilia karnivor yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih.
Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak.
Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitu cicak tanpa kaki; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran.
Mari kita lihat di dalam sebuah rumah sembelihan ular di kampung Kalabaga di wilayah Jawa Barat di Indonesia. Kos pembuatan beg adalah $ 15 - $ 31 bergantung kepada saiz. Beg kos lebih mahal di pasaran.sumber
inilah hasilnya , cantik bukan , tentu mahala harganya
0 comments:
Post a Comment