TELUK INTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun
mengalami saat cemas apabila kaki kirinya tersangkut pada sebuah mesin
basuh semi automatik hampir 40 minit di rumahnya di Kampung Bahagia di
sini semalam.
Kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu berlaku selepas mesin yang
tidak lagi digunakan itu tiba-tiba tumbang selepas Sharul Muhammad
Syammil, dikatakan melompat masuk ke dalamnya.
Mangsa cedera ringan akibat kejadian itu.
Kaki anak bongsu daripada tujuh beradik itu hanya dapat dikeluarkan
daripada mesin basuh terbabit dengan bantuan lima anggota bomba pada
pukul 2.10 petang.
Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Norlizah Midon, 41,
berkata, sewaktu kejadian dia sedang memasak tidak jauh dari mesin basuh
tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Wednesday 10 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam2 hal ea.. ape agaknye dlm fikiran budak tu time melompat masuk washing machine tu.. sib baik takde ape2..
ReplyDelete