Monday, 22 April 2013
Filled Under:
unik
Unik ! 4 Tempat Mandi Paling Mewah Di Dunia
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Suka berenang? Jangan lupa kunjungi 4 tempat Mandi Paling Mewah Di Dunia dibawah ini. Ketika menjelajah ke pelbagai sudut dunia, anda mungkin akan bertemu dengan banyak sekali pilihan tempat mandian yang boleh anda nikmati. Memanjakan diri di sebuah tempat pemandian adalah tradisi mewah para bangsawan Rom. Kala itu mereka gemar melawat tempat-tempat ini bukan hanya sekadar untuk rekreasi, namun juga untuk penyembuhan dan peremajaan diri. Masa berganti, nama dan pola penggunaan pun kini berganti. Tempat kegemaran bangsa Romawi itupun kini berganti nama menjadi spa seperti berikut ini ..
1. Cagaloglu Hamami, Istanbul, Turki
Di Istanbul, orang menyebut tempat mandian dengan nama hammam. Dan di seluruh daratan Turki, tak ada yang boleh mengalahkan Cagaloglu, hamam terakhir yang dibina di masa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah dan telah beroperasi sejak tahun 1741. Tempat mandian yang terkenal dengan dalaman yang mempesona serta tekhnik urut dan wap panas yang menggetarkan jiwa ini dimasa jayanya diyakini pernah memberikan dedikasi terbaiknya untuk para figure dunia, termasuk Florence Nightingale dan Raja Edward VIII dari Inggeris. Usia yang telah mencapai lebih dari 270 tahun tak membuat Cagaloglu kehilangan daya tarik dan pesonanya kerana sampai hari inipun dia masih mempunyai kedudukan dalam senarai 1,000 Places To See Before You Die.
2. Gellert Baths & Spa, Budapest, Hungary
Salah satu tempat mandian yang paling popular dikalangan pelancong yang berkunjung ke Budapest adalah Gellert Baths & Spa. Mata air alami yang diyakini berkhasiat seperti ubat, perabot dengan gaya Art Nouveau, mosaik seni, tingkap kaca berwarna dan pelbagai batu ukir adalah kombinasi keindahan dengan dos yang sempurna untuk semua pelancong yang ingin menikmatinya. Gellert Baths & Spa membuka pintunya pertama kali pada tahun 1919 dan mempunyai 13 tab yang terdiri dari dua mandian effervescent, tiga kolam renang, dan lapan mandian air panas dengan suhu air berbeza 24-37 darjah Celsius.sumber
3. The Thermal Baths, Vals, Switzerland
Dengan menggunakan kombinasi konsep ruang gelap dan terang, serta tertutup dan terbuka, mandian air panas di Vals, Switzerland, ini adalah syurga untuk berehat dan menenangkan diri. Dengan kemudahan dalaman dan luaran yang pelbagai, termasuk kolam renang, bilik urut dan kelonggaran, ditambah kehadiran kolam renang air panas, kolam ais, kolam bunga dan pemandangan gunung yang menakjubkan, The Thermal Baths menawarkan lebih dari yang boleh anda minta.jangan korang mintak amoi sudah la.
4. Poseidon Gardens, Ischia, Itali
Khusus untuk keselesaan dan kebahagiaan anda, gunung berapi di Itali mengalirkan mata air dengan panas yang alami ke pelbagai kolam serta bak tampungan air di Poseidon Gardens. Suhu air yang tinggi serta kekayaan kandungan mineral dalam air (termasuk diantaranya sodium, kalsium, kalium, besi, dan mangan) menjadikan Poseidon Gardens sebagai salah satu tempat mandian air panas paling terapi yang boleh anda dapati. Untuk (hampir) apapun jenis penyakit yang anda derita, air panas Poseidon Gardens dipercayai mampu menyembuhkannya.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mewah giler... teringin juga nak pergi..haha
ReplyDeleteKemalangan Maut di Federal Highway yang menyayat hati
Dunia Blogging Ramai Yang Salah Anggap.. Kenapa?
Cara Buat Recent Comment yang Awesom dengan Avatar (Respon Terkini)