Wednesday, 15 May 2013
Filled Under:
unik
Kejam ! Wanita ini Sukar Bercakap Kerana Doktor Salah Bedah Otak
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
Seorang ahli bedah di AS keliru membedah salah satu bahagian otak pesakitnya. Akibatnya si pesakit mengalami kesulitan berbicara. Walau beberapa hari kemudian bahagian otak yang bermasalah akhirnya dibedah, doktor tersebut tetap disalahkan oleh pesakitnya.
Pesakit bernama Regina Turner (53 tahun) dijadualkan menjalani kraniotomi atau tindakan membuka tulang kepala dengan tujuan membedah otaknya pada tarikh 4 April lalu. Pembedahan tersebut dilakukan di St Clare Health Center di Fenton, Missouri.
Seharusnya tengkorak yang dibedah adalah bahagian kiri. Namun yang terjadi sebaliknya, bahagian kanan tengkorak yang di buka lalu dibedah. Akibat kesalahan tersebut, ucapan Regina kini jadi sukar difahami. Dia lantas mengajukan gugatan kepada St Clare Health Center dan ahli bedah saraf yang menanganinya dengan tuduhan kecuaian doktor tersebut.
Peguamnya yang bernama Alvin Wolff Jr menjelaskan bahawa pegawai perubatan memang menyedari telah melakukan kesalahan. Maka Regina menjalani pembedahan kedua pada bahagian otak yang bermasalah 6 hari selepas.
"Sebelum menjalani pembedahan yang salah, plaintif cukup , sedar dan mampu merawat dirinya sendiri. Setelah operasi yang salah, dia memerlukan rawatan setiap saat untuk keperluan dasarnya. Dia juga menderita gangguan emosi, kebimbangan dan kemurungan," kata peguamnya seperti disiakan St. Louis Post-Dispatch, Rabu (1/5/2013).
Doktor bedah yang membedah Regina diketahui bernama Dr Armond Levy. Menurut laman St Clare, Levy adalah seorang ahli bedah saraf disahkan. Ia menerima ijazah perubatan dari Washington University School of Medicine di St Louis dan pernah menjalani residensi bedah saraf di St Louis University School of Medicine.
Wolff menjelaskan, kesihatan pelanggannya mulai terganggu sejak 5 tahun lalu akibat siri mini stroke. Kemampuan bicaranya memang menurun, tapi masih boleh difahami oleh keluarganya sebelum menjalani pembedahan. Operasi kraniotomi yang dijalani Regina sendiri bertujuan untuk mencegah terjadinya strok di masa depan.
"Kami komited untuk keselamatan pesakit dan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi. Jika kesalahan perubatan memang berlaku, kami menganggapnya amat serius. Kami menyiasat secara menyeluruh untuk melihat proses apa yang boleh diubah untuk mengelakkan perkara itu terjadi lagi dan kemudian kami melakukan perubahan segera," kata Bill Hoefer, presiden St Clare Health Center.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment