Tuesday, 7 May 2013

Filled Under:

Rahsia sebalik Lukisan Monalisa



Senyuman misteri yang ditunjukkan Monalisa dalam lukisan potret terkenal karya Leonardo da Vinci akhirnya terungkap. Para akademik Jerman merasa yakin mereka telah berjaya menyelesaikan misteri yang telah berlangsung beberapa abad di balik identiti gadis cantik yang menjadi objek lukisan terkenal itu.


Lisa Gherardini, isteri seorang pengusaha kaya Florence, Francesco del Giocondo, telah lama dipandang sebagai model yang paling mungkin bagi lukisan abad 16 tersebut. Namun demikian, para sejarawan seni sering bertanya-tanya apakah mungkin wanita yang tersenyum itu sebetulnya kekasih da Vinci, ibunya atau artis itu sendiri.

Kini para pakar di perpustakaan Universiti Heidelberg menyatakan berdasarkan catatan yang ditulis pemiliknya dalam sebuah buku pada Oktober 1503 diperoleh kepastian untuk selamanya bahawa Lisa del Giocondo-lah model yang sesungguhnya dalam lukisan itu, yang merupakan salah satu lukisan potret terkenal di dunia. "Semua keraguan tentang identiti Monalisa telah pupus menyusul penemuan oleh Dr. Armin Schlechter, "seorang pakar naskah kuno, kata perpustakaan itu dalam satu kenyataan.

 

Hingga kini, hanya diperolehi "bukti kurang meyakinkan" dari pelbagai dokumen abad 16. "Hal ini mewujudkan ruang bagi pelbagai tafsiran dan ada banyak identiti berbeza dikemukakan," kata perpustakaan itu. Catatan itu dibuat oleh Agostino Vespucci, seorang pegawai Florence dan sahabat da Vinci, dalam koleksi surat tulisan orator Romawi, Cicero. Tulisan dalam catatan itu membandingkan Leonardo dengan artis Yunani kuno Apelles dan menyatakan ia sedang menggarap tiga lukisan, salah satunya adalah potret Lisa del Giocondo.SUMBER

Para pakar seni, yang sudah mengaitkan tahun pembuatan lukisan itu pada zaman abad pertengahan itu, menyatakan penemuan Heidelberg itu merupakan penemuan dan penyebutan sebelumnya menyambung isteri saudagar itu dengan lukisan potret tersebut. "Tak ada alasan untuk terus meragukan bahawa potret ini adalah wanita yang lain," kata sejarahwan seni Universiti Leipzig, Frank Zoelner, kepada Radio Jerman.





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers