
Tidak seperti reka bentuk aquarium raksasa pada umumnya, Aquarium Georgia mempunyai lima galeri berasingan disekeliling atrium pusat. Galeri ini dinamakan Georgia Explorer, Diver Tropika, Ocean Voyager, Cold Water Quest dan RIver Scout. Dihuni oleh berbagai macam haiwan, termasuk ikan paus, jerung, penguin, singa laut, belut elektrik, kuda laut, dan berbagai ikan dengan berbagai macam -macam spesis.
Georgia Aquarium dibina dari sebahagian besar diderma oleh Bernie Marcus (pengasas Home Depot) sebanyak 250 juta dollar AS. Dibina di atas tanah seluas (81,000 meter persegi) di sebelah utara Centennial Olympic Park, pusat bandar Atlanta. Aquarium Georgia dibuka untuk pertama kalinya pada tangal 22 November 2005 kepada awam.
Seperti kebanyakan habitat binatang dan aquarium, Aquarium Georgia teleh banyak menerima kritikan daripada kumpulan pejuang hak-hak binatang yang percaya bahawa haiwan lebih baik hidup di alam liar.
Namun demikian 70 peratus haiwan aquarium berasal dari penangkapan ikan, habitat binatang dan koleksi dari berbagai aquarium lain. Dalam beberapa kes, kakitangan aquarium terpaksa harus menyelamatkan haiwan yang tidak sihat atau yang akan mati jika tidak diselamatkan dengan campur tangan mereka.sumber
0 comments:
Post a Comment