Monday, 10 June 2013

Filled Under:

Pelik ! Bumbung Gereja Menyerupai Kepala Ayam



FLORIDA Gereja ini sempat menjadi sensasi di dunia maya. Pasalnya, beratus-ratus orang sempat berkerumun di depan gereja tersebut hanya untuk melihat dan mengabadikan "kepala ayam" di dinding luar gereja.
Kami benar-benar tidak menyedari bahawa gereja ini akan menjadi fenomena internet. Kami tidak mengerti, tapi kami senang dapat membuat orang tersenyum.Kami melihat banyak orang datang untuk mengambil gambar gereja ini.
- Dee Dee Parker
Beberapa media online menyebut gereja tersebut dengan "gereja yang menyerupai Angry Bird" atau sebagai "Gereja Ayam" kerana adanya fasad gereja menyerupai kepala ayam. Padahal, yang dimaksudkan dengan "kepala ayam" sebenarnya adalah pemasangan dua tingkap lingkaran besar dan sepotong bahagian genteng berbentuk segi tiga.




Kedua-dua tingkap itu memang kelihatan seperti mata, sedangkan genteng tersebut tampak seperti paruh. Kerana keunikan tampilannya, gereja yang sekarang disebut sebagai "Gereja Ayam" itu bahkan mempunyai kelab peminat atau fans clubsendiri di dunia maya.
Kongregasi gereja yang terdapat di Pantai Madeira, Tampa Bay, Florida, Amerika Syarikat, ini menyatakan, bahawa hampir secara teratur mereka melihat orang-orang melalui gereja tersebut dan mengambil gambar. Gereja yang sebenarnya bernama "Church by the Sea" atau "Gereja Pinggir Laut" tersebut sudah menghimpun begitu banyak rasa ingin tahu. Berkat pelbagai perbahasan di dunia maya, banyak orang mulai datang untuk sekadar melihat atau mencari tahu mengenai gereja.
Dee Dee Parker, seorang ahli Church by the Sea, mengatakan hal ini bukan masalah baginya. Ia bahkan
mengaku senang dengan rasa ingin tahu yang dimiliki ribuan pengakses internet.
"Lucu sekali, kami benar-benar tidak menyedari bahawa gereja ini akan menjadi fenomena internet. Kami tidak mengerti, tapi kami senang dapat membuat orang tersenyum. Kami melihat banyak orang datang untuk mengambil gambar gereja ini," ujar Parker. 
Gereja di Pantai Madeira ini dibina pada 1944 oleh sebuah kumpulan nelayan. Gereja ini juga memegang peranan penting bagi pelayaran di kawasan tempatan, lantaran lampu salib di atas gereja ini berfungsi ganda sebagai penanda bagi pada nelayan atau kapal yang ingin berlabuh.
Adapun istilah "Gereja Ayam" juga dimiliki oleh sebuah gereja di Jakarta. Tepatnya, gereja dengan nama GPIB Telaga Tujuh Pasar Baru, Jakarta Pusat. Gereja tersebut merupakan sebuah gereja peninggalan zaman kolonial di indonesia. Senibina gereja ini direka oleh Ed Cuypers dan Hulswit. Ia dibina antara 1913 dan 1915.
Pada mulanya, gereja ini diberi nama Gereja Baru. Istilah "Gereja Ayam" melekat pada bangunan tersebut lantaran di atas bumbung gereja ini diletakkan sebuah petunjuk arah angin yang dibuat berbentuk ayam.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers