Sunday, 2 June 2013

Filled Under:

Sami Bangsat Ini Ikrar Usir Umat Islam Myanmar




Yangon: Seorang pemimpin Buddha semalam mendedahkan hasratnya meniru Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dalam usaha mengusir penduduk minoriti Islam dari Myanmar.
Ashin Wirathu mengetuai kempen ‘969’ untuk memulaukan perniagaan masyarakat Islam dan menamatkan perkahwinan campur antara penduduk minoriti itu dengan penganut Buddha.

“Saya tidak peduli dengan gelaran diberikan kepada saya, termasuk Osama bin Laden Myanmar atau neo-Nazi berkepala botak,” kata Ashin.
Kumpulan ‘969’ yang diketuainya bertanggungjawab terhadap keganasan bulan lalu antara pengikutnya dengan penduduk Islam yang menyebabkan 43 terbunuh di bandar Meiktila.

Dan Khamis lalu, ratusan penyokong kempen berkenaan yang bermotosikal dan membawa batang besi merusuh di bandar di timur laut Myanmar untuk membakar premis perniagaan penduduk Islam dalam keganasan terbaru di negara itu.

Kejadian di Lashio itu berlaku sehari selepas pengikut sami pelampau itu membakar masjid dan rumah anak yatim Islam.
Wirathu, sami yang amat membenci Islam, dipenjara pada 2003 kerana menghasut keganasan terhadap penduduk Islam negara itu, tetapi dibebaskan tahun lalu sebagai sebahagian daripada pengampunan untuk banduan. Dia mengaku berada di Meiktila bulan lalu ketika penduduk Buddha mengganas.

Dia menggesa penduduk Buddha di seluruh Myanmar memulaukan perniagaan masyarakat Islam dan mengagihkan pelekat ‘969,’ simbol elemen ajaran Buddha.
Sami itu, seperti kebanyakan penduduk Buddha dilihat bimbang dengan kejayaan masyarakat Islam Myanmar.

“Mereka (penduduk Islam) pandai berniaga. Mereka menguasai perniagaan pengangkutan dan pembinaan. Kini, mereka mengambil alih parti politik. Jika mereka berjaya, kami akan berakhir seperi Afghanistan atau Indonesia,” kata Wirathu.

Myanmar ialah negara Buddha, tetapi sembilan peratus daripada 60 juta penduduknya beragama Islam.

Bulan lalu, tersebar rakaman video menunjukkan anggota polis berdiri kaku sambil menyaksikan anggota ‘skuad 969’ membakar seorang lelaki Islam. - Agensi





3 comments:

  1. Anonymous8:50 pm

    sila siasat asal usul agama islam di myanmar atau selain daripada malaysia tengok dulu macam mana dia orang beragak penganas dulu sebelum anda buat anggaran fitnah itu...anda tahu tak yang perlarian Roghingya datang ke malaysia mencetuskan berapa banyak masalah? anda semua mesti tak tahukan...sila datang ke pasar borong selayang dan cari rumah tinggal seketika di situ baru buat komen tentang agama buddhist di myanmar nak usir umat islam roghingya ye! ada ke malaysia punya islam boleh sokong umat islam yang bukan warga malaysia hari-hari minum sampai mabuk,menjual minuman yang beralkohol dan maksiat di negara kita,itu lah kerja dia orang? disebabkan dia orang islam kita nak tutup mata tentang perangai buruk dia orang,demi allah sila sedarlah umat islam malaysia kita...puak dia orang memang teruk itu sebab orang buddhist nak usir dia orang kan sana negara buddhist,kalau malaysia tetap nak kesian umat islam macam ini habislah anak cucu kita di masa depan...kenapa saya boleh buat komen sebegini sebab saya duduk dekat pasar borong selayang dan selalu ada urusan di myanmar. bagi kerajaan malaysia sila ambil penganas-penganas termasuk thailand punya umat islam duduk di negara kita banyak sikit,nanti sudah bermasalah baru nak salahkan pihak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:57 pm

      dari tulisan ko aku tahu yg ko ni bukan orang melayu. jadi ko nk kite sokong sami-sami buddha babgsat bakar masjid ker?

      Delete
  2. Dulu mereka ini bernama BURMA (BU-bangsa Ma - mari/datang) sejak dulu lagi bangsa ni bangsa pemusnah - mereka ini sebenarnya bukan bangsa anak jati negara itu -asalnya dari Tibet-Buman . menyerang Toung Oo -Raja Islam Siam ( bukan thai/sukhonthai-sebangsa dengan mereka) Kemudian menyerang Ayuthaya -Kota Siam Islam dan meneruskan penaklukan hingga ke PATTANI dan KEDAH.
    Bangsa ini kalau nak tau Raja-raja mereka mempratikan sumbang maharam .kawin dengan adik perempuan sendiri berlain ibu. samalah dengan bangsa Thai- Chulalonkorn kawin dengan ke-empat adik perempuannya . tak percaya google cari nama Raja Thiwba .

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers